There was an error in this gadget

Monday, December 15, 2008

sekarang ini

Dari darjah ke ijazah

Darjah itu telah berlalu.
bersalut seribu rindu pada guru,
darjah itu mengajar aku,
mengeja,mengira walau tiada berita.

Bermimpi untuk ke ijazah .
Tak pernah aku menjangka,
Untuk berdiri di tanah keramat ini.
Aku tak pasti.
Sangsi pada janji,cita-cita dan cinta,
Semuanya bagai beraja.

Aku masih perlu darjah itu,
Yang didalamnya aku bebas mengeja,membaca, mengira
Walau tiada berita.
19/8/06
12.30 pagi

Wednesday, December 10, 2008

rumah kecilku dah siap


salam kembali, sebenarnya agak lama aku tak menulis. pertamanya disebabkan aku dah berpindah rumah, sebabnya sebelum ni aku tinggal di rumah yang ada kemudahan internet, dan sekarang aku dah tak dok situ, sume ahli rumah dah berpecah, tinggal lah beberapa anggota yg meyertai skuad aku. kali ni aku nak khabarkan berita gembira buat diri aku sendiri, dan buat mereka2 yang bertungkus lumus dalam penggambaran short aku 2 minggu lepas. cerita tu dah siap, dah nampak bayangnya, dah nampak sifatnya, dah jelas maksudnya. itu je aku nak bagi tau. mintak maaf la kalau short aku tu tak ada camera movement spt track, pan dan sbg nya. sebenarnya aku dan team2 tu tak mampu bersaing dgn prinsip alam yg hujan dan disebabkan itu juga kami x dapat nak buat. tp xpe proses pemindahan butiran dialog kpd butiran pixel dah berjalan lancar. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab diizinkan Rabb kita untuk menyiapkan tugasan tu. cuma sekarang ni tinggal tunggu komen dari manusia2 yang nak komen dan tinggal aku jawab kalau 2 ada ruang untuk menjawab. may b minggu ni aku dapatkan respon dr Dekan, kalau dulu dia cakap letih tgk citer aku, tp kali ni aku lum tau lagi. aku harap dia tak letih kali kedua. hahaha.

lagi satu secara peribadinya aku nak dedikasi kan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada line up 2 yg sama berkorban hari shooting tu dan selepasnya. aku tak payah lah eh sebutkan nama korang, sebabnya aku dah letak kan kat kredit title dah. hehehe
team yg solid, Alhamdulillah kami tidak bermasalah, emosi sentiasa terkawal.

ape2 pun aku akan tayangkan kpd umum...

semoga ade golongan yg memahaminya(aku letak subtitle da)
semoga kalian menerimanya...
semoga direstui kehadiranya.

Wednesday, November 12, 2008

anak sulung aku "rumah kecil ku ada kelambu"


tajuk yang dekat atas tu tajuk dalam bahasa melayu atau kini bahasa malaysia nya. tapi tajuk sebenarnya dalam cerita "betul" dalam hidup aku lain slanga atau dialek nya. dalam bahasa ibunda ku "omah cili ku enek kelambu". kalau korang tanye apa maksudnya, tu tgk la kat atas tu.

syukur kepada Allah sebab dengan belas ehsan nya bajet utk projek aku tu diluluskan. kalau ikutkan perancangan manusia, projek ni kene "run" 5 bulan lepas. tapi pada mase tu aku ada komitmen lain, lg pun bajet takde. kene dahulukan duit. dan kebetulan, aku sentiasa takde duit yang banyak. kalau untuk makan pun bercatu ini kan lagi nak shoot short film. tu sbb aku tak jd shoot.

seperkara lagi, bg aku ini berkat kerja keras produser aku yang selalu sibuk ntah kemana - mana, tak pun saja sibuk kan diri, en azmir dan assist nye cik nofar away yg propose tajuk skrip aku n cuba dapatkan bajet. terima kasih korang... smg Allah dpt balas kerja keras n separa keras korang. aku sayang korang...
insya Allah dlm 2 minggu lg kita akan sama2 pg shoot.. yahooooooo.com

tentang skrip ni plak, asalnya idea aku masa kelas honour showcase, kene buat individual project. aku pitching cter ni kat dekan, jual air liur dulu. tup tup dia suke.die cadang kat aku utk shoot, jd aku shootla utk kelas dia, tp jd tak best. keje last minit, jd cam hampeh. tp aku suke. hampeh kat mata org, berharga kat mata n hati aku. tp projek first tu tak jd camne yg aku nak, first try kan. byk lack, byk moment2 ptg aku tak sempat tonjolkan. takpelah tu cter lame, blaja dr kebodohan n kesilapan kan. aku ok je

aku igt sampai tu je la... tp aku ada ckp ngan dekan, kalau aku ada peluang sekali lg, aku nak shoot cter tu lg better. lps tu bln 5 hr tu mase cuti sem, skrip aku naik. kene pilih utk d shoot. tp tak sempat mcm aku cter sebelum ni. aku rilek dulu, layankan thesis yg dah berakhir ni.... bye thesis, aku nak jd film maker plak lps ni. hahaha.

dan skrg tiba lah saat nya. skrip dan bajet telah lulus, walaupun tak dapat full, tp pada aku kira ok la tu ada yg nak bg duit. citer aku ni pun bukan kene belanja sampai juta2... (tp hasil cam bajet ringit2 je)jgn mara eh. aku tak kisah, janji ada modal sikit yg boleh menggerakkan projek ni. aku dah ok n on je

tentang team tu, aku masih kekalkan line up asal dan kpd yg sudi dtg menolong, aku alu - alukan. takde token eh, mkn ade kot. aku harap kali ni team ni akn jd team yg solid molid. walaupun dikala ini kami tak jauh miskin. wei... kira ok la tu. buat cter pasal miskin2 di dalam keadaan semua org tengah miskin, barulah feel. baru dapat soul, betul tak.hehe

kali ni aku nak buat dialog berdasarkan skrip dlm bahasa jawa 100%, tak kiralah ape nak jd. aku nak jawa gak. kalo tak fhm, jgn risau aku akn sediakan kredit title(b.m utk org biasa2) ngan (b.i untuk bebudak urban la konon ngan org luar negara) kalo karya ni sampai luar la. jgn igt plak target aku tu utk persatuan jawa sedunia takpun utk wilayah2 jawa dkt nusantara ni. aku target utk sume. target tak tinggi sgt. asal sudah, berkat, ngan buat org senyap dah cukup pada ku.

ok lah malas aku nak memebebel lg. aku harap pd kengkawan aku teristimewanya yg akan shoot sama2. aku mohon kali ini buat sehabis baik. insya Allah kalau betul niatnya. Tuhan takkan halang kerja kita. kita mohon berkat dari Nya... ok kita jumpa nanti... papepun

terima kasih emakku n bapakku, "embah"2 ku n "nyai"2 ku. adik2 akudan korang....

t.q dekan
terima kasih azmir
rerima kasih nofar
terima kasih en mazli
terima kasih Fakulti ku, uitm
terima kasih en Norman
terima kasih epul,tom,ridset,zura,gjan,uda,man naga, hazlin aisha,chap,su tg karang. sesape yg penah tolong dan akan tolong.... (nama korang aku letak kat kredit title k) haha


sebenarnya skrip cter aku tu ade "abg" nye, nak baca... bacalah.

Rumah atapku

Waktu kecil dulu. Helaian nipah dan permaidani buluh selalu kusentuh,

Berteman sejuk angin yang lalu diliang-liang atap, mendamai jiwa yang meratap,

Pagiku sering bersaing dengan sinaran mentari dari celahan lubang rekahan.

Damai era itu tiada berbilik, gaya tidurku bersarang kelambu. Miskin minta dibantu, gelaran mereka.

Pandangan manusia tentang rumah bobrokku mencacatkan mata.

Kami tak kalah rayu, kami tak ragu menunggu.

Siangku dingin meniti angin. Malamku dingin bertarung angin.

Derap langkah yang menghentam lantai usang itu sering kuperhati,

Ratapan bunyinya seperti rentak menanti.

Usai enam bulan, rumbia gugur meniti usia.

Sulaman orang tua melindung renyai-renyai derita.

Dian setia meneman,hingga layu ditiup bayu.

Aku bercahaya menumpu abjad umurku.

mengeja,mengira tanpa makna.

Kini rumah itu masih ada,

Nisan dan potretnya jelas nyata.

Takkan kupadam,malahan setia kugenggam penuh azam.



kito menuso seng orep nang dunio sediluk aye, semestine kito golek sangu sak cukupe.
tapi kito usah ngantek kelalen, usah ngantek kesandung, njalok dalan , dungo mareng gusti pengeran mugo diselametke nagn dunio karo ngan kono. amin

Monday, November 10, 2008

lagu ku, lagu kita semua

Berbondong-bondong jiwa itu datang,

Hasrat dibawa jadi pembela,

Jejak batinku, kau sertai,

Dengan azam yang meluap-luap.

Itu hanyalah pemula

sedang masa terus mengejar,

paksi tekad lama kian melonglai.

Kau cemari dengan lagakmu,

Kau racuni dengan nafsumu,

Jiwa terjajah telah berlalu,

Kini aku dengan caraku.

Friday, November 7, 2008

Antara 1 dan 2


Makhluk perlu 2,

Untuk dapat 1,

Kemudian perlu 1,

Dan jadi 2,

Terus dapat satu lagi.

Kemudian perlu 1,

Untuk berdua dan dapat 1 lagi.

Tuhan hanya 1,

Bukan 2.

Tetap satu sampai bila-bila.

1 bukan berbapa,

1 tiada pemula.

Kalau 1 sudah pasti bukan 2.

Positif – negatif

Baik – buruk

Cantik – hodoh

Jauh – dekat

Dosa – pahala

Syurga – neraka

Miskin – kaya

Mulia – hina

Lelaki – wanita.

Kita perlu 2,

Untuk pilih yang satu.

Sudah sedia ada yang 1,

Jangan sekali didua,

Dari 1 adanya 1,

Kemudian 2,

Dari yang Satu

Tuesday, November 4, 2008

Corak dunia




Jiwa miskin ini menganggap dunia lapangan dosa.

Kaya mengata, mencerca, memfitnah dan menghina.

Kerana…

Kita suka.


Jiwa kaya itu girang mendakwa dunia syurga nyata.Tempat bersuka,berlibur, bulan madu dan kota keriangan.

Kerana…

Dia berada.


Jiwa sederhana kita sering sangsi pada dunia.Tempat tuainya hasil pahala atau labuhnya ladang dosa.

Timbang tara keduanya tiada adil selama.

Bergantung pada suka atau berada.


Itulah dunia kita yang itu dan ini,

Inilah dunia kita yang miskin dan kaya.

Monday, November 3, 2008

Uzlah,qiam,mujahadah.





Sendiri penuh erti,

memandang benak sanubari, wajah insani.

Merungut jangan sampai bersungut,

nikmat yang ditabur belum puja syukur.

Resam alam tanpa garam,

Menampal dosa lampau ke dinding telus tanpa silau.

Bukti janji ayuh berdiri,

Rapatkan jari, ratapi dan ambil peduli.

Dalam senang pujuklah tenang.

Benamkan tumit tanpa sakit,

Lenguh tanpa jerit.

Nampak sungguh walau qarin cuit mengaduh.

Lontarkan helah, jangan kalah.

3.19 pagi

11 rejab 1427 hijrah

Anjung sepi, halaman budi.

Thursday, October 30, 2008

tentang saya, kita,anda, mereka yg melayu


Melayu “ragu”

Melayu bukan kayu.

Melayu bukan batu.

Melayu hanya satu.

Melayu haru biru.

Melayu tinggal melayu.

Aku melayu dalam paksa,

Layu terpinggir di balik merdeka,

Bahasa aku tak lagi baku,

Wacana lama tinggal debu,

Terkubur jawi di laman sendiri.

Hadhari,madani,globalisasi,demokrasi

Sosialis,komunis,kapitalis.

Hedonisme,liberalisme.

Semua tampalan tema.

Ragu memilih dasar negara

Itulah melayu aku…

Thursday, October 23, 2008

i got fever. huhu


20 - 23/10/08

aku demam, kene cucuk kat bontot bg turun suhu (last kene cucuk mase kecik dulu), duit aku melayang rm60 bayar bil klinik (mhal betul), takde selera nak makan (jamah nasik je....uwek). tiap2 malam menggigil ayam sampai tak bleh tdo (selimut+sweater+stokin+sweater ke 2+sweater ke 3).

24/10/08

kene hantar chapter 5, aku demam ni wei.... camne nak buat....

fenomena ketiadaan wang


ini benda normal dalam hidup aku, takde duit.... kalau ade duit yang banyak itu bende tak normal pada aku, jadi abnormal. tapi pada pendapat aku manusia kebanyakan akan rasa selesa dgn duit yg banyak. dari duit yang banyak terlahirlah keinginan yg banyak... betul tak
seingat aku melalui pengalaman belajar ekonomi mase form 5 ngan form 6 dulu, keinginan manusia memang takde penghujung/penghalang. kepuasan yang takkan boleh dipuaskan. tu sebab diciptakan teori "kos lepas". untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti melepaskan sesuatu.
tapi bile takde duit, semua bende akan melepas.... melepas jd kaya,melepas jd hensem,melepas nampak cool,melepas kenyang, melepas stylo. betul tak?
mungkin ada yg jawab betul, tapi mungkin juga ramai yg cakap X betul, malahan salah sama sekali.
biasanye bile org yg mengalami fenomena ketiadaan duit, org tersebut dapat memungkinkan banyak perkara2 ajaib yg bakal berlaku

perkara 1: manusia budiman akan muncul

manusia ni memiliki karektor dermawan, budiman,setiakawan walaupun bukan dari golongan hartawan. (untuk jatuh ke kategori ini, dia mesti membelanja rakannya yg sengkek sekurang2 nya sekali makan dalam sehari).

perkara 2: rezeki datang bergolek

ulat dalam batu pun boleh hidup, ade makan . inikan pula kita manusia yang bijaksana. tentu biasekan dengan ayat tu. menurut pengalaman ilmu aku, ustaz aku pernah cakap, tanda2 org yg dan nak meninggal adalah, terputus rezekinya sedikit demi sedikit, itu tandanya nikmat makan dah nak kena tarik, stok rezeki untuk sipolan tu dah habis. tapi selagi belum ajal kita , rezeki untuk kita tetap ada, walaupun tak berduit. nak mudah dapat rezeki,walaupun x la kaya, amalkan ayat seribu dinar, baca lepas solat. ingat baca, bukan gantung je.

perkara 3: sangka baik kat Tuhan

siapa tuhan kita? sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku, matiku, hanya kerana Allah Taala. itu ikrar kita hari2 bila solat kan. melalui hal tersebut, sepatutnya kita terus bersangka baik kat Allah. Allah kan maha adil, Dia dah sediakan rapi rezeki kita hari2 dengan kadar secukupnya, jadi jangan pula kita ni jadi tamak, nak mentekedarah tak tentu hala. makan yang perlu. itu kan lagi baik, baik bersederhana dari berlebih. walaupu8n takde duit, kalo biskut tu lagi baik untuk dimakan dari nasi, baik makan biskut tu. dah tentu2 biskut stok 3 bulan lepas tu takde sape nak makan, dari membazir baik kita sudahkan... nyum nyum sedapnye biskut tu.

tu je la kot fenomena dan tips yg dihadapi oleh manusia yg tak berduit...

p/s: kepada pihak ppd yang lambat membayar tunggakan gaji aku(mase aku jd cikgu aritu), terima kasih dengan perhatian anda yang begitu menyayat hati. semoga Tuhan murahkan rezeki anda
kepada kawanku yang berkongsi syiling tabung untuk makan, sabar k, tak lame lagi kita g UK jd kaya kat sana.hahaha

Thursday, September 25, 2008

setitik tinta kata, seluas lautan makna...

assalamualaikum.... kepada rakan dan sahabat yang sudi singgah dan menjengah ke laman wacana peribadiku. doa sejahtera aku dahulukan buat kalian yang masih kekal "insan" dan jauh dari kultus2 "syaitan. maaf jika sedikit kasar pemulanya, namun apa yang terbuku hanyalah niat memuliakan anda - anda yang mulia. untuk pengetahuan kalian, aku masih hidup seperti biasa... biasa seperti kalian. masih lagi celik mata, punya langkah untuk berjalan, perlu tidur, merasa penat, lapar, marah, gembira, tertawa, merintih dan seperti watak normal manusia yang kebanyakan. namun, terdapat sesuatu yang benar - benar aku rasa kehilangan. walaupun lagaknya seperti tiada apa - apa. ya ... aku betul - betul merasa kehilangan. kehilangan apa? pasti kalian mahu tahu bukan. dan dengan tujuan itu jugalah aku menulisnya di sini, kerana ingin membicarakan hal kehilangan itu. sebenarnya aku ini telah kehilangan "aku". aku ulangi kehilangan "aku"...

wahai kalian, itulah yang alami sekarang ini... sangat terseksa rasanya. walaupun aku masih bernyawa, tetapi nyawa ku itu bagai tiada. hidup umpama boneka yang dikurniakan gerak rasa. di dalam hati tiada apa - apa. kosong tidak berbekas. kerna apa ku katakan kosong, kerna dulu ianya pernah terisi. terisi dengan sesuatu yang besar, benar - benar besar, besar yang benar, tiada yang paling besar dan paling benar. jiwa aku seringkali meruntun mengenang kan hal itu, pernah ada tapi sekarang main tiada... makin menjauh. sebenarnya aku sedar namun kekuatan untuk bertindak sedar masih lagi bersifat "belum lagi". mula peristiwanya begini...

usai terawih pada satu malam, otak ku ligat berputar, kali ini benar 2 ligat berfikir. ianya kesan tazkirah tantang satu kisah yang disampaikan oleh seorang ustaz berkenaan "maut". ustaz tersebut menceritakan mengenai kepelbagaian cara "maut diambil dari kita". rata - ratanya memang penuh seksa. itu katanya. mengambil contoh kisah kewafatan Baginda S.A.W. semasa Allah Taala memerintahkan malaikat Izrail menjemput nyawa Baginda, Baginda merasakan satu kesakitan yang amat dahsyat. dari segi logikanya memang tidak digambarkan peritnya. walaupun cara Rasulullah dicabut nyawanya itu dengan cara yang paling ringan di antara lain . namun dengan jelas baginda memperumpamakan kesakitannya seperti mana kulit yang disiat hidup2. Allah... tersentak sebentar rasa mengantuk ku, cuba kalian bayangkan. bagaimana Seorang kekasih Allah yang maksum merasakan sebegitu, apatah lagi kita yang langsung tiada sifat2 kenabian dan masih lagi kekal selesa dengan dosa. perhatian ku terbawa lagi ... kali ini benar - benar merintih batin kemanusiaanku. apa yang nabi katakan pada saat sakaratul maut itu, Baginda bertanya pada malaikat jibrail, wahai jibrail bagaimanakah agaknya umat ku menghadapi maut kalau seperti ini rasanya. aduh... kali ini hati ku benar2 tergugah. persoalan seterusnya yang Nabi ajukan pada jibrail, apa janji Allah pada umatku.. apa kelebihan yang ada pd umatku. pada saat itu nyawa Baginda di paras dadanya. bayangkan wahai kalian, tentang kasihnya Nabi pada kita. hal umat didahulukan, Ya allah moga aku ditambahkan rasa cinta dan kasih pada baginda, aku berharap kalian juga meminta yang sama seperti itu.
jawapan jibrail, wahai Rasulullah. kemuliaan umatmu adalh, mereka adalah golongan yang pertama di hisab dan juga umat mu jugalah sebagai golongan yang pertama merentasi titian sirat. aku memandang pada diriku sendiri. mengenang dan mengenang. Ya Allah... mahukah kah aku jd orang pertama yang mendapat malu kerna hasil2 dosa2 ku, malu dan belum tentu pasti lepas pada titian yang sejauh mata memandang panjangnya. hatiku mula berdenting, ya rabi.. ya rabbi... hanya itu perkataan itu yang terpacul pada ku. dan pada pengakhiran Nabi dijemput menemui Allah itu, apa yang nabi ucap. aku pasti kalian pernah mendengar kan? umatku... umatku... umatku lantas nabi menyebut lagi solat... solat... solat...

Ya Rabbi solatku... aku tertunduk, hampir bergenang air mataku. hatiku direntap2 dengan kenangan lepas. kenangan yang pasti ada dosa. tuhan... jerit dan rintihku. Allah... ratap dan rayuku. Astaghfirullah... Astaghfirullah.

siapa yang mahu jd manusia yang rugi...
penantian di padang mashaar yang amat panjang tidak terbayang bila penamatnya. mahukah kita membawa bekal yang tidak sempurna dan bekal itu kita tunjukkan kpd Allah. dimanakah maruah kita...

aku bertanya pada hatiku, wahai hati pada saat ini hal apa yang kamu amat sukai. dunia... dunia... dunia... dan seisinya, jawabnya. engkau kecil, mana mungkin dunia yg besar ini boleh kau tampung. aku ada yang berkuasa(jawab hati lagi), sifatnya besar, hebat, keinginan tak pernah kalah. apa shj boleh aku miliki melalui bantuannya. siapa dia itu, tanyaku? masakan kau tidak tahu. dialah yg paling rapat dengan mu, kemana shj kau bersamanya, rapat, mesra dan saling mempercayai. bahkan seringkali kau meyakininya. jejaknya kau turut. dia umpama gurumu. bertalu2 hati memberitahuku. siapa ya ? aku mengerut2 kan dahi, dekat? mesra? umpama guru?. sedang seperti itu, aku disentak oleh suara yang seperti pernah aku kenal. wahai kamu, apa benar kau tidak kenal pada aku? mari... pandang ke sini. aku terus mengikuti suara itu. akulah teman mu. ke mana saja pasti bersama. bahkan kita serasi wahai kamu. nafsu... bisik ku. hah... itulah teman mu kata hati. aku sebagai rumahnya. dan dia tuan punya aku. dan aku tinggal di dalam kamu. apabila dia(nafsu) menjadi tuanku, pasti dia menjadi tuan mu. keluh hati... sebenarnya di dalam aku ini bukan untuknya. bukan untuk dunia. tetapi di dalam aku ini adalah tempat letak untukTuhan yang menciptakan kamu, yang menciptakan aku, yang menciptakan dia(nafsu), yang menciptakan dunia, yang menciptakan segala - galanya.

hatiku terpaksa rela jd seperti itu, dia tidak mahu, aku yang memaksanya... kesal dan aku sangat mengesalinya.

Tuesday, September 16, 2008

kata belakang atau belakang kata

kata belakang terus berbunyi,
walau nadi mahu mati

belakang kata bukan sunyi,
ada makna tersendiri, biar diam mengaburi.

kata belakang sembunyi - sembunyi,
tak berani terbuka, menjenguk luar sana

belakang kata, ada tanda.
asyik menggugah jiwa, menghindar prasangka
damai sampai bila - bila

Saturday, September 13, 2008

DARI ARAH ITU...

ARAH ITU SERING AKU TUJU...
UNTUK KU TAHU MANA ASAL KU.
KITA TAHU ARAH ITU,
TAPI... SELALU KAH KITA KE SITU.
KITA KE ARAH ITU , BILA PERLU, BILA BUNTU.
BENAR...
AKU TAK TIPU.

Thursday, September 11, 2008

HARI INI AKU TERFIKIR TENTANG TUHAN!




BISIK KALIMAH ITU MENERPA...
BESAR SIFAT TIDAK TERDUGA,
DALAM CELIK AKU MERABA.
MENCARI MANA TUHAN?
JIWA AKU... MANA TAHAN!

Monday, September 1, 2008

dari 800 ke 0 ringgit



cuti pertengahan sem lalu, lebih kurang seminggu yang lepas..... tuhan bagi aku peluang. peluang cari duit. tiba2 sorang senior call aku, nak pakai man power(bhgn teknikal). mula2 aku agak terkejut, sebab time tu 5 ringgit je yang ade. nak g folow pun takut tak lepas, tapi lepas mamat u cakap dia nak bg 8 rat utk dua hr shoot, aku beranikan diri gak pg ke kuala selangor, tempat team tu shooting. dengan minyak motor yang ade separuh, lepastu berbekalkan 5 ragok yang ada 5 helai je, aku pun mulakan perjalanan, perjalanan yang biasa je, aku jumpa, jalan, garisan2 di jalanan yang pelbagai warna, lampu isyarat, simpang empat, tiga, dua, simpang siur pun aku jumpa. takde ape yang menarik pun sepanjang perjalanan tu...

berbekalkan ex5 yang jadi kegilaan minah2 rempit yang nak tayang punggung (perasan la tu). aku pulas throttle nye, dengan rasa was2 sbb minyak semakin kurang, tapi aku tetap relaks je, sebenarnye ex 5 aku tu dah lama merajuk sebab lame tak kene servis, macam manusia gak la kan, jadi performance dia tak berapa baik utk aku bergerak pantas. sepanjang perjalanan tu hati ngan otak ku berbelah bagi, hati kecil meronta2 nak duit belanja, dalam otak ku pulak lain....(nak buat thesis), cuti seminggu aku nak repair thesis aku, tapi bile ade job, semua tak jadi lagipun aku memang agak kering, yg mampu aku buat doa, mintak murah rezeki & sangka baik kat Tuhan, ingat senang ke nak sangka baik cam gitu, kadang2 sampai mati pun manusia tak boleh nak konsisten sangka baik kat tuhan, aku masih belajar untuk bersangka baik ...

dah menyimpang pulak cerita 8 rat tu.
aku sambung balik.... sampai kat k. selangor, lepak masjid jap, tunggu maghrib,(masjid yang dekat dengan Bukit malawati) lepak sorang2, lepas solat dijemput oleh senior tu ke chalet. aku pun masuk ar ke chalet tu, park barang2 usha katil kosong, kenal ngan brader team tu, agak ganas2 gak diorang, lepastu briefing pasal shooting plak, aku kenal kan diri, my name is wak dol, diulangi wak dol, lagi sekali wak dol, diorang tanye, pesal name aku wak dol. aku jawab nama tuah, name yang ade sentimental tersendiri tapi kadang2 sakitmental juga sebab name akutu. name yang dapat masa umur aku 13 tahun(duduk di asrama). aku dapat nama tu sebab sesuatu yang telah aku buat dengan konsisten kat asrama sampai habis. hahaha misteri tau.

tentang position aku kat team tu, aku ditugaskan sebagai macai angkat besi barang teknikal. hahaha perkara yang sebenarnya malas aku nak buat, tapi dah takde pilihan, mungkin semua manusia akan buat sesuatu yang terpaksa sebab takde pilihan kan macam aku. aku layankan je. perform sbaik mungkin.

hari pertama call time pukul 7 wrape pukul 1.00 pagi

*takde cerite best

hari kedua call time pukul 6.00 wrape pukul 2.00 pagi

*takde cerite best jugak, oops.... ade yang best sebenarnya dan ianya merupakan cerita paling best haritu, wrape... n dapat 8 rat.tak banyak kan, mungkin pada korang x banyak, pada aku cukup banyak.

otak aku dah plan macam2, lepas ni terus balik kg, repair moto, belanja makan2 kat famili, beli barang dapur kat kg, bayarkan bil umah mak aku, beli kertas n dakwat utk thesis, bayar sewa rumah, bayar hutang kawan, prepare beli barang dapur kat rumah bujang, bayar bil rumah bujang, beli rokok mahal sikit, hahaha,

ade gak hasrat nak singgah bundle, usha baju ke seluar yang harganya tak lebih dari 10 ragok.
hampeh takde yang cun.

dari lapan rat yang aku dapat tu dan setelah dilaksanakn ape yang aku plan tu, jumlah kesemuanya telah tiada lagi, beralih jadi kosong.

tapi aku puas.... sebab jumlah duit yang kosong skrg ni, disebabkan perkara2 yang aku rase best nak buat, hasrat hati yang dah lama terpendam. cumanya sekarang ni aku perlu buat macam sebelum aku dapat 8 rat tu, doa mintak murah rezeki ngan sangka baik kat Tuhan. diulangi sekali lagi sangka baik kat Tuhan.

lagipun mase aku taip cerita betul ni, di malam kedua ramadhan, bulan yang paling meriah dalam Islam, meriah dari pelbagai segi contoh rumah2 ibadat jadi meriah dengan solat terawih, bazar2 pun meriah dgn orang berniaga, para dermawan dengan meriahnya menaburkan sedekah, tajaan sesi berbuka ngan moreh di sana sini, dan banyak lagi

yang pasti dengan jumlah Rm aku yg kosong skrg ni, hati aku tetap meriah macam aku ade 8 rat, tak pun 8 rib, 8 juta, 8 ratus juta, dan 8 yang banyak lagi

*sesiapa nak derma jangan segan2 bagi aku.hahaha, (belanja buka pose pun dah kira syukur)

Tuesday, August 26, 2008

cerita sebuah hati dan akal

hati…

aku ini duduk di tengah terkepit diantara kepala dan badan.....

namun ku punya kepentingan

mendengar tawa si mulut... menyanyi rindu si lidah.

dan kau…

tanya hati kpd kepala....

aku, akal menjawab.

duduk tinggi di atas kepala...

hebat bagai raja... lagak bak ketua

mantadbir bak dewa..., kataku adalah perintah

lagakku adalah titah....

hebat, kata hati..

tapi kau masih perlu aku...

tanpa aku kau buntu....

kau jadi buta....

meletak semua perkara dalm logik saja.

tiada sifat kehalusan....

benar....(akal membalas)

aku perlu kamu....

tapi bkn selalu....

malah aku sentiasa perlu…

dari kamu terbit rasa rindu

dari kamu aku sendiri menangis,

walau sentiasa terhalang oleh lidah

yang terkadang membuat hubungan kita rasa goyah.

Selalu diadu domba.

Akal…

Hati memanggil…

Mari kita bersama, pisahkan sementara takhtamu

Pandang sebentar aku dibawah…

Aku masih mahu menghulur penyatuan antara kita.

Lama kita bersaudara. Hingga terkujur sang empunya kita, kita masih bersaudara.

Kau dan aku akan mati bersama…

Sunday, August 17, 2008

satu tinjauan

tuhan telah mnegurniakan aku sepasang mata untuk melihat.............. Alhamdulillah aku bersyukur kepadanya tentang pinjaman sementara yg telah diberi walaupun sekarang ini aku memerlukan sepasang cermin mata yg membantu aku fokus pada sesuatu. dengan mata itulah aku meninjau pelbagai situasi yang aku lihat, dan selepasnya mindaku menghadam tentang apa yang tinjau itu. terdetik di hatiku bagaimana mata itu berfungsi. lancar tanpa halangan. ianya nikmat bukan? namun sekarang ini akal ku menjadi sesak, kerana diganyang oleh banyak situasi yang mengacau. cerita politik yang tak sudah - sudah retoriknya, soal sosial yang kacau bilau diluar, permasalahan kemanusiaan yang hampir menuju ke belantara haiwan, berita agama yang di senda - sendakan, kisah ringgit yang berjaya merebut hati - hati manusia, segalanya padaku menyesakkan. hingga langsung tiada yang menenagkan. minda jadi pusing, hati terus gundah. kadangkla aku hampir bosan melayan dunia - dunia luar yang semakin meliar, aku umpamakan suasana kita sekarang ini benar - benar caca marba. celaru dan makin celaru, banyak perkara yang menyonsangkan fikir dan taakul, hingga hati jadi kerdil untuk menjadi akbar. sudah - sudahlah untuk kita mejadi sang dalang yang menghayalkan, ayuh..... rujuk kembali kepada skrip tuhan yang amat berhak kita turutkan. sampai bila untuk kita mahu lagak hebat bak sang presiden yang sentiasa benar, sekali sekala turunlah ke dasar, palitlah tanah sebentar ke dahi sendiri. sedarkan diri... kita semua sama di sisi sang empunya dunia dan sesisinya. jangan tutupkan mata , buka jiwa......... teruskan merenung, teruskan bertenung.

Thursday, August 14, 2008

ni tentang hari plak............

Hari – hari ….. hariku.

belum sempat celik mata....

hari baru menjelma,

dalam keadaan kurang sedar,

minda ligat berputar...

mengenang

hari semalam ku bagaimana pengakhirannya...

hari ini...

bagaimana harus ku memulakannya

hari esok...

apa rencananya....

taktala jasmani ku bergerak...

sedang akal menantikan rima yang sama dari jiwa....

segalanya tersasar...

tentang hari ku....

tidak kan sama dengan apa yang ku mahu....

aku seperti orang dungu yg menantikan terbit bulan dan silih mentari...

tak daya ku menahan peralihan detik, saat, masa, minit, jam, dan hari...

walau ku cuba segala kudrat manusiawi...

aku tetap akur...

malam dan siang milik Tuhan yg abadi

tentang kampung...........mari baca

Desa tempat asyik selesa,

Tanah permai sentiasa,

Tidak ribut mengundang seksa,

Malah mesra warganya

Mengundang rahmat damai sentiasa.

Ia bukan kawasan kuburan,

Dikunjungi ketika waktu kematian

Diingati bila jiwa tertekan.

Bagai tidak berperasaan.

Dari desa itulah

Tempat asal kita bertatih, belajar senyum juga sendu tangis

Belajar calar, belajar hiba, belajar mendayung belajar membajak, belajar bertani

Belajar hidup dan belajar mati.

Pasti kalian ingat dan terasa

Gamat desa dikala kenduri kendara,

Girang desa meriah hari raya

Semuanya warganya jadi Satu bagai datang dari satu ibu.

Aduh…

Ianya benar – benar merindu.

Teratak atok, kerusi malas opah

Semuanya ada di desa.

Titik peluh ayah,

Juga menitis di desa.

Genang air mata ibu,

Juga menitik di tanah desa.

Jangan lupa

Asal kita

Iangatlah selalu

Walau kita tiada di sana.

Kirimlah ucapan rindu

Buat warga kita di desa.

sepi

Sepi.

Belum ada teman, belum tahu kapan.

Isi yang dalam masih lagi berbalam, tidak mengira siang atau malam.

Aku tahu, bukan aku membatu.

Aku mahu , tapi aku buntu.

Ku mendengar pujuk rayu angin bayu yang kacau bilau di sana,

Lantas aku lari cuba menggapai apa erti bunyinya.

Tiada, apa-apa.

Tapi segar terasa.

belum kenal

Belum kenal, mahu meramal.

Belum berbual, sudah cari pasal.

Tak kan jadi kekal, tiada yang akan tinggal,

Jangan menyesal!!!

hari yang semakin berlalu....

sampai kini... aku memerhatikan hari yang kian berlalu. timbul satu pertanyaan ttg hari - hari ku yg berlalu itu. apakah yg telah aku lakukan untuk diriku................... apa yg telah aku perolehi dari hari2 itu.......... terbit satu jawapan, aku ini mensia - siakan hari2 tu. kadang2 aku tertawa sendiri memerhatikan diriku yang lalu. mahu menyesal., mahu memperbaiki pa yang aku sesali.... namun masih seperti itu......... di dalam cermin aku tertanya2 ttg ruang yang belum aku isi.. lebih2 lagi berkenaan soal keteguhan hatiku. pendirian yg ada di dalam jiwa. rasa2nya aku belum hebat dalam berpendirian, masih goyah.....

Wednesday, August 6, 2008

tenung - tenung dan renung - renung

satu yang baru aku temui
dunia yang perlu ditenung
akhirat yg perlu direnung

bukan termenung
bukan menonong.
bukan melencong
bukan membohong


tapi mari tenung
mari renung