hati sifatnya harus berhati - hati
akal lagaknya mesti bijaksana
jiwa lakunya biarlah tenang
jasad biarlah selalu sihat.
roh pula wajib subur segar.
ditambah dengan panduan islam dan iman
segala rukunnya dapatlah difaham lantas dihadam
malu jadi pakaiannya,
warak benteng sandarannya,
alim bekal senjatanya.
tawadduk alas asasnya.
mudah mudahan jadi insan diterima Tuhan.
Monday, November 16, 2009
Monday, October 26, 2009
nasib jiran kita
indonesia tanah kaya meruah,
kelmarin bergegar lagi
belum surut pilu sedih yg pura pura diratapi dunia
angkara "gegaran" mat top.
kini dunia perlu betul - betul sedih dengan nasib tanah garuda.
bumi padang, dataran minang hancur lintang pukang
dihenyak gempa garang.
segala toko, rumah dan istana gadang sesaat saja tergelimpang
sekali lagi mereka tahan uji,
ujian benar Tuhan maha perkasa
bukan ujian "letupan" reka.
nasib si bumi ayah nusantara
bumi ibu nusantara ini turut ratapi,
satu nusantara rela hulur tangan, genggam jari bantu bersama
asalkan "ego" pijak dan bakar bendera tidak berulang.
kelmarin bergegar lagi
belum surut pilu sedih yg pura pura diratapi dunia
angkara "gegaran" mat top.
kini dunia perlu betul - betul sedih dengan nasib tanah garuda.
bumi padang, dataran minang hancur lintang pukang
dihenyak gempa garang.
segala toko, rumah dan istana gadang sesaat saja tergelimpang
sekali lagi mereka tahan uji,
ujian benar Tuhan maha perkasa
bukan ujian "letupan" reka.
nasib si bumi ayah nusantara
bumi ibu nusantara ini turut ratapi,
satu nusantara rela hulur tangan, genggam jari bantu bersama
asalkan "ego" pijak dan bakar bendera tidak berulang.
Sunday, August 23, 2009
tolong ya
dalam hayat ada nafas
aku belum puas andai segera aku terkandas,
belum juga aku bebas malahan aku hampir lemas.
ayuh
tolong aku, aku jalan seorang diri
walau pasti aku mati
aku bukan abadi
jalan aku jauh lagi.
pesan bonda
selalulah selawat dan istighfar, jaga solat yang lima,jangan tidur lepas subuh, solat dhuha, solat istikharah, berbaik dengan sesiapa, selalulah berjemaah, kirimkan al fatihah kepada para arwah serta berdoa kepada muslimin muslimat.dan akhir sekali ibuku meminta
" mak nak kau jadi hisyam yang dulu"
untuk diriku, dirimu jua
dalam kekalutan manusia mengejar dunia, jelas aku masih terpinggir di antaranya.dunia aku tak mampu miliki, apatahlagi dengan akhirat. dengus ku. jelas bukan keluhan itu seperti nada seorang manusia yang sedang kecewa dengan dunianya. malahan langsung dia celang celup dengan urusan ukhrawinya. sedangkan sudah jelas bagi mereka yang celik mata juga segar minda ditambah dengan subur taqwa, bahawa kejayaan yang abadi bukanlah hanya kerana dunia malahn bukan juga di dunia. jadi palah guna dikeluhkesahkan tentang itu. jangan jadi buta ketika mata celik. jangn juga jadi seperti kata peribahasa "gajah depan mata tak nampak, semut diseberang jelas terpampang". yakinlah Allah hampir pada mereka yang mahu menghampiri NYA. jadi apa yang harus ditakutkan, kekayaan, kehebatan, kecantikan adalah milik mutlak Allah. kepada mereka yang hampir dengan Allah mintalah apa saja. insyaAllah akan dikabulkan. benar bukan, oh ya mungkin juga kita lupa tentang perjanjian yang telah kita ikrarkan sebelum lahir. perjanjian yang jelas terbukti dengan apa yang telah berlaku kepada diri kita. namun kita tidak perasan walau ia jelas terbukti. segala dugaan dan kesusahan yang berlaku telah dirancang, bukan saja hal tersebut. malahan kesenangan, rezeki, jodoh soal hidup mati juga telah direncanakan dengan sebaiknya oleh Allah. adakah kita sedar hal tersebut. kerdipan mata dan degupan jantung siapa yang mengawalnya. adakah kita. jika belum sedar juga setiap hembusan nafas yang telah kita hidu berapakah jumlahnya sepanjang kita hidup. syukur... itulah perkara yang harus kita usahakan. usha,doa,twakal dan bersangka baik adalah yang terbaik untuk kita lakukan sepanjang hayat ini. kerana jika kita berkesempatan melakukannya pada hayat ini, kita tiada peluang pada hayat lain. jauhkanlah keluh kesah tentang dunia dan seisinya, umpamakan dunia seperti tempat permainan, dan kita anak - anak yang cerdas sebagai si pemainnya. mengingati nasihat orang tua taktala diri jauh dikhayalkan. peganglah batu asas kehidupan. insyaAllah selamat. amin
3 ramadhan tahun ini
Wednesday, August 5, 2009
?????????
dalam kelam aku diam.
dalam ramai aku asing.
dalam satu aku tiada.
dalam mimpi aku bermimpi.
dalam jaga aku berjaga - jaga.
padahal aku belum lena.
tetap belum lena.
dalam ramai aku asing.
dalam satu aku tiada.
dalam mimpi aku bermimpi.
dalam jaga aku berjaga - jaga.
padahal aku belum lena.
tetap belum lena.
Saturday, July 18, 2009
ngantuk........

baru pulang dari tengok bola dari old trafford malaysia (m.utd vs malaysia). baru cuti dari kerja yang gila. hari 2 angkat besi. baru menilik saki baki wang yang tinggal dalam dompet, banyak lagi hutang yang perlu aku bayar, baru habis sembang dengan kawan baik (anton) di dalam kereta ketika perjalanan pergi dan balik tentang kehidupan, baru menjumpai kembali blog yang menghilangkan diri. aku tetap kekurangan yang ini. tidur. tu sebab aku ngantuk.haha
Subscribe to:
Posts (Atom)

