Monday, January 26, 2009

cerita si apek tua


"halo anak, u datang sini jaga siapa" tanya si apek yang sedang siap2 mengemas katil hospital. sambil merapatkan kedua - dua belah kaki yang dibengkokkan ke arah dadanya. aku menjawab "jaga bapak"."ooo yaka. erm bapak u apa mcm?, ada ok?". dia saja tanya aku soalan yang memang dia sendiri tahu. bukan jauh pun katil bapak aku dgn dia, sebelah je. tapi masa aku sembang bapak aku memang tgh nyenyak tidur."di ok, uncle". "u bikin apa sikalang? kelija ke belaja". "balu kelija" haha aku menjawab ikut stail dia.aku ingatkan lepasni mesti dia tanya gaji aku besar ke tak?, aku kerja syarikat ternama ke? tak pun konfem dia tanya baik u tukar kerja, cari kerja gaji banyak ,nanti u cepat jd kaya. tapi jangkaan aku meleset sama sekali. "u kelija elok - elok" "jangan banyak songeh, jangan terlampau memilih". " u mula dari bawah, dapat belaja banyak benda" "SABAR". itulah antara dialog2 awal si apek tu. mula - mula aku mcm buat tak dengar tapi bila part dia cakap "u ,mula dari bawah, belaja n SABAR". aku memang terus tertarik dgn terfikir, betul jugak cakap dia. dia teruskan sesi sembang dengan bagi banyak contoh.

seperti kebiasaan seorang bapak, mesti di bangga dengan anak yang berjaya material ataupun akhlak, tak pun kesopanan dan kesusilaan anaknya dekat orang yang patut dia cerita, bukan dekat semua orang. kalau dah selalu cerita kat orang, tu tandanya bukan bangga tapi riak merangkap bangang. tapi apek ini bukan mcm tu. dia cuma bg aku contoh yg dekat dengan dia. iaitu anak dia. takkan dia nak bg contoh pasal kejayaan barack obama yg dpt jd presiden, tak pun kejayaan chua soi lek yg masih dapat jd menteri. dia bg contoh ttg anak dia. "anak saya dulu kelija kuli, in hotel" "cuci sayur, daging,ikan n mcm2 lg" "tp dia tak kisah, janji kelija,". "u tau ka, masa dia kelija itu macm, dia already ada master degree". aku jd wow.... p.o.v apek ni memang lain macam. dan dia berulang - ulang kali cakap "SABAR". dah macam aku dengar ceramah ustaz yg ajar ilmu tasauf pulak. tapi yg aku pasti dia memang sabar orangnya. dan dia sgt menyesal sebab tak bg anak dia belajar medic, sebab dia ckp mahal masa tu. takde duit. "tapi sekarang oklah, at least dia jd somebody". memang apek ni bertuah dapat anak mcm tu. bertuah sangat2. walaupun macamtu dia taklah membangga2 sampai tak tentu arah pasal anak dia. kalau dia ckp mcm tu pun aku peduli apa, dah dia rasa anak dia best, lgpun bkn dia tahu pun istilah riak itu berdosa kan. hahaha.

"bila u sabar, wa gelenti u boleh jd berjaya", ha tengok ape motto kejayaan dia. ayat tulah yg selalu dia ulang. bukan mcm motto si azmir yg terkini"poyo teras kejayaan". kalau apek tu dgr, mesti dia ceramah kat ko mir.hahahaha. mgkin dia akan cakap"en. azmir, u hidup jangan poyo, tapi banyak sabar ma. wa pasti u boleh berjaya". masa tu dia dah mula duduk kat kerusi tepi katil sebab dia dah tegangkan katil. aku tanya dia"uncle, siapa pick up u". "saya punya son, dia kelija k.l" banyak jauh mau dtg sini, ini mcm 2 jam baru boleh sampai". "boleh pinjam u punya phone?". aku bg handset aku kat dia. lepastu dia "con ceng2" dalam bahasa cina. aku tak fhm. mungkin dia suruh anak dia datang ambik. dia pulangkan telefon dan pesan"terima kasih, tapi aaa... u mesti SABAR ok untuk start new life" " don't rushing2". aku angguk je. "mula2 jangan kisah sama gaji sikit or banyak" "kasi belaja dulu, and then u boleh demand".

aku iakan je apa yang dia cakap. dia setia duduk kat kerusi tepi katil tu lagi. tak bangun kemana - mana. sambil baca paper NST dengan makan bubur nasi hospital yang aku tengok macam lazat je. aku nak bg dia lauk ayam bapak aku yang tak tersentuh. "takpe, wa cukup, ayam wa pun belum tentu habis". lepas makan aku perhatikan dia lagi dan tanya, "mana u punya anak?". "sikit jam dia mari, maybe sikalang dia sangkut jam". lebih kurang setengah jam lepastu, aku kena balik kg sekejap, pergi ambik moto. aku nak keluar dari hospital. aku perhatikan apek tu tertidur kat kerusi tempat dia sembang tadi, sambil tunggu anaknya. katil berkedut balik sebab kepala dia dekat atas katil. memang aku rasa apek ni memang betul - betul "SABAR".


p/s: happy chinese new year uncle...............

Saturday, January 24, 2009

cerita seorang anak

20 hb jan 09,
dua hari lagi menjelang harijadi bapak aku yang tak pernah aku ucapkan kat dia. aku dapat panggilan dr kg. babah masuk hospital. aku jd blur, keliling aku jd mcm gelap gelita. emosi aku berantakan sedih, marah, kecewa dan lain2. memang aku tahu babah ada penyakit, kencing manis dengan darah tinggi. bukan aku je yang tahu. tapi dia sendiri pun tahu. dia tak pernah tinggalkan ubat, sentiasa makan ikut aturan. tapi semenjak 2 tahun lepas kesihatan dia makin susut.selalu demam, cepat letih. tapi dalam demam2 dia pun, babah gagahkan pergi kerja, naik moto cabuk suzuki cup warna biru yang enkol nye diikat dgn getah. hujan ke panas ke dia redah. masa aku kecik2 dulu, dia la hero aku, pendekar gagah yang hebat berpencak, bayak la kebun orang yang dikerjakannya. tapi hal tu makin lama makin kurang, orang2 kg dah tak upahkan kat dia.sebab dia dah tak larat.dan begitulah kisahnya bila aku dpat tahu babah masuk hospital.dia dah tak larat. demam dah berhari - hari. adik aku bagitau lagi babah dah cakap melalut2. aku dah tak boleh tahan. aku jd down, anak sulong yg mcm looser. aku takde lesen kete, macammana aku nak bwk babah g hospital naik kereta. dan lagi satu. aku takde kereta, memang tak pernah ada kereta. baru cadang2 nak ambik lesen dgn kereta sekali. tapi aku baru kerja. dalam dompet aku kasa tu ada 3 ringgit je. itu macam duit minyak kereta pun tak lepas.adoi, memang aku rasa macam ank yg tak guna. aku ambik keputusan kerja separuh hari. sepanjang perjalanan aku memang tak boleh tahan sebak. aku menangis , pedulik la apa orang cakap, apelah mat rempit tu nangis atas moto... konfem kalah race takpun kene tinggal ngan bosia. tapi aku rasa itu teka2 aku je. aku memang dah teringat kat babah. dari seorang yg sendo, tapi harini dia timbang sebab penyakitnya. patutla dalam dua hari sbelum berita ni, aku jd lain macam bila tengok album gambar babah tengah dukung aku masa umur aku sebulan. aku terus blk kg. dlm keadaaan mengantuk aku redah je, lepak asar kejap di jeram, tidur dalam setengah jam lepastu teruskan perjalanan. maghrib aku sampai kat hospital sabak bernam.makcik aku call, babah nak kene transfer ke klang. aku terus cari mak aku, ambulans dah sedia nak bwk babah, pakcik aku papah babah, aku tengok babah, babah jd mcm orang bingung. dia melalut2. ya Allah apa dah jadi ni? aku terus masuk van dgn mak aku. aku selimutkan babah. dia tanya aku. aku tak faham.akutak faham bahasa yang dia cakap. mak cuba kenalkan aku kat babah. babah tak kenal. dia cakap hal yangt aku dgn mak aku tak. babah dah tak kenal aku. aku dah tak boleh tahan.tanya knp boleh jd macam ni. mak tak boleh nak jawab.babah dah kenal aku. aku kontek kwn2, mintak sokongan. aku jd blur kali kedua. ya Rabbi. badan babah panas. aku bg dia minum, bah minum.tapi dia tak kenal. kesian babah...

aku sampai kat klang ngan van ambulan jam 9.30 lebih kurang terus pergi scan otak babah. hah... scan otak . takkan babah dah jd tak betul. aku dah x boleh tahan.dengan keadaan menunggu yang agak lama, kami pun pergi scan. babah jd bdk kecil masa tu. pergi tandas, tapi tak tahu nak bukak zip, aku jd kesian sgt masa tu.babah...
babah selamat di scan, keputusan, selamat. aku jd selamat kali pertama, smgt naik tahap pertama. lepastu pergi xray. resultye. ada something dekat dalam badan babah. smgt pertama aku terus jatuh. benda apa pulak aku tertanya - tanya.tp belum konfem apa benda tu. ulak dah kata ada lepas tu belum konfem pulak. aku terus soun budak yg x ray tu. rasa nak lempang je muka dia.

babah masuk wad 8 b.malamtu aku jaga dia.badan dia panas sgt. aku tuam badan ngan kepala dia. aku nak ajak dia sembang, tapi tetap melalut, ckp benda yang tak faham. aku tanya dalam bahasa jawa, dia jawab bahasa melayu. aku memang pelik... sangat pelik. aku rasa macam bukan babah. babah terus tidur aku selimutkan dia sekali lagi.aku tengok muka babah, kesian babah. dia sakit, aku kurang ambik peduli.aku memang rasa macam anak tak guna. babah kene cek dengan nurse ngan doktor, nurse nya agak kurang ajar , suara tinggi ngan kasar kat babah, babah lum boleh faham arahan. dia bentak2 babah. aku jd bengan kali kedua, ni ada pekerja hospital yg kene lempang gak ni. td kat x ray kurang ajar, yg jd nurse pun kurang ajar.tapi mak aku tenangkan aku. lepas kene cek babah tdur. aku usha2 tpt tdur, wak yang sakit sebelah pesan kat aku suruh tuam satu badan babah. aku tuam sampai aku ngantuk.

babah tidur, aku selang 2 jam tdur aku bangun tuam dia. sampai subuh.


21 jan 09
pagi2 subuh, dia nak ke tandas, dia cari aku. aku terkejut babah dah sedar. "nanang endi? nana ng endi?". babah cari aku. dia sebut nama aku. itu nama aku, nama aku masa aku kecik2 dulu. babah dah ok. aku tanya dia apa dia rasa.dia lemah lagi , aku papah. lepas tu babah lapar, tp tak selera mkn, aku buat milo, babah minum. mcm orng yang sgt dahaga. aku sayu tgk dia.

tengah hari mak datang dgn makcik aku. dtg nak gantikan aku. aku tgalkan babah ngan mak sekejap.walaupun hati aku berat nak tinggalkan. sebab aku kurang masa bersama dgn dia. tapi mak aku suruh rehat dan setlekan hal aku. aku blk puncak, ptgnye ada majlis doa kesyukuran team rumah kecilku ada kelambu. aku kene lead majlis ringkas tu. walaupun ahli2 krew yang datang semua. tapi sgt terima kasih kat semua. dkt line up2 yg set up majlis hr tu. lg pun lps majlis tu, ada premier short film project . termasuk filem aku sekali. doa kami petang tu. semoga majlis primiere yg akan berlangsung, sentiasa terkawal.

tibalah waktu tayangan filem pendek team aku.kami kena giliran yang pertama. aku jd berdebar. aku cakap kat azmir, aku berdebar, dia suruh rilek, aku cuba rilek tapi stilll berdebar. lepas ni kene jawab mcm2 soalan. bilik jd gelap. muzik latar citer aku pun kuar. tinggal tunggu play je. lepas tu cter play. yang tengah play tu adalah cerita"BABAH", lepas tu citer habis. org tepuk tangan. dewan jd terang balik. en norman suruh pg depan. aku, azmir, uda , ridset dan g jan ke depan. 5 orang di depan, berhadapan dengan dengan ramai orang yang "pandai- pandai",baru nak pandai dan tak pandai pun ada. yang tak pandai dan pintar adalah kami berlima. masing2 sengih2 bingai kat depan. kejap duduk, kejap bangun.

orang tanya. aku jawab. gjan jawab,ridset jawab,azmir jawab,uda pun jawab.
orang tak tanya, kami tak jawab.

orang tanye cerita tu
kenapa dalam bahasa jawa?
apa logiknya guna long take?
kenapa selipar cabut tak tunjuk?
kenapa hujan tak tunjuk?

kami jawab dan aku jawab jawapan paling "low class" soalan2 tu. itu cerita "BABAH" la, kalau korang nak tahu, cerita aku tu adalah tentang "BABAH" aku.

# terima kasih TUHAN, terima kasih babah ngan mak, terima kasih pensyarah2, terima kasih en hassan, terima kasih sahabat2, terima kasih rakan2,terima kasih semua.doktor, nurse, pemandu ambulan, pak guard. mamat yang teguh menjaga bapaknya kat hospital, makcik 2 yang cool jaga suaminya kat hospital, anak 2 yang sanggup jaga mak bapaknya kat hospital, apek tua yang sempat menasihati aku kat hospital.

cerita seorang anak

Monday, January 19, 2009

memang betul2 kerja TUHAN

2 hari lepas ada berita tak best dari assistant director aku, en uda. ada laporan mengenai file short aku hlang dari simpanan sang cakera keras di bilik editing. master of editor epul dah cuba mencari, tapi tak jumpa gak. macam ada konspirasi menghapuskan artifak karya yang sangat terancang. yang peliknya file awan mendung sentuhan en norm dan azri juga hilang. tak ke macam gampang!. . selamat team jaja buat back up da la jugak safety.

aku jd emo, kimak betul manusia sial yg buat kerja2 sabotaj. aku tak kira aku nak salahkan dia gak.hahaha.

itu tahap emo aku yang pertama.
tapi bila aku fikir balik, nak emo apahal, tu kan takdir?
amacam boleh terima tak alasan tu. tu je alasan yg dapat redakan aku punya marah. dan pemarah pemarah yang lain.bak kata pepatah aku sendiri, kalau dah takde rezki benda dalam mulut pun boleh terlepas. sayang dalam hati pun boleh terkeluar, jd tawar. banglo besar pun boleh runtuh, tak pun terbakar, betul tak? isteri yang setia pun boleh curang.... ha yang ni aku tak setuju, ni dah kes berat.hahaha

tapi,hari ni aku dah rilek sikit, tak emo lg dah, tp kekadang tu teringat gak, mcm putus cinta pulak...
mana tak teringat, short tu aku dah touch up, dah buat elok2, tapi dah takde rezki kan. selamat ada kengkawan yg supportif, uda,epul,azmir, line up yg membantu buat balik cter aku tu, tak dilupa en norman , tq banyak sebab selalu belanja makan.... opps bocor rahsia plak. dia tolong buat subtittle english da. huhu. dan aku sedar kerja TUHAN memang sempurna, dan MAHA sempurna. kejadian aku ada hikmah, kejadian team AWAN MENDUNG pun ada hikmah. sabar kalian.aku pun salah sorang dr korang. kejadian konspirasi, kalau aku boleh konspirasi la kan, tu pun satu hikmah. hikmah ok, bukan halimah... haha.


*jgn cepat melatah nanti takut lelah
jangan cepat gundah kelak akan rebah


- aku menunggu kedatangan art director aku dr kg nya, en ridset, td dia call aku dia jd datang,hoooray. dia ni hero yang tak terkalah
- aku menunggu gak primiere tayangan short aku "OMAH CILIKKU ENEK KELAMBU" 21 hb ni, tak ketinggalan short si jaja "SINKRONIS". dan dgr kata short AWAN MENDUNG kembali akan ditayang. tgk.... tuhan kan MAHA ADIL.

Wednesday, January 14, 2009

antara keraja TUHAN dan kerja kita

itu kerja TUHAN...!
siapapun pernah mengatakannya, dan akan terus mengatannya sampai biala - bila.
ianya bagaikan tonik menenangkan jiwa.

soal jodoh,rezeki, dan ajal itu kerja TUHAN!
lihat bagaimana TUHAN telah bekerja untuk kita.
rezeki TUHAN Yyang beri, jodoh TUHAN yang bagi dan ajal sekali.
tapi ada kita ambil peduli?

satu persoalan.
apa kerja kita untuk TUHAN?
ADAKAH DENGAN MEMBINA BERHALA UNTUKNYA,
ATAU MUNGKIN MENGUKIR BIARA - BIARA YANG INDAH
ATAU JUGA MEMBANGUNKAN MASJID - MASJID YANG SAIZ KUBAH DAN MARMARNYA UNTUK DIBANGGA.

DIBINA SEMUA ITU ...
UNTUK BEKAL ARTIFAK MASA DEPAN, TAPI KOSONG ISINYA.

APA KERJA KITA UNTUK TUHAN?
SILA TANYA PADA DIRI KITA BERKALI - KALI.

APABILA BENCANA,SIBUK BERLARI KE TEMPAT TUHAN
APABILA LAPANG, HANYA MAMPU LALU, KADANG - KADANG TAK DITOLEH
SEBAB APA JADI MACAM INI?

Friday, January 9, 2009

berani mati


aku tanya pada semua siapa yang berani mati sekarang ini? aku yakin sekali pasti ramai yang berundur dengan soalan sebegitu. termasuk aku. aku jadi malu pada diri aku. komentar yang sedikit ini adalah untuk mengingatkan kpd diri aku sendiri supaya jangan takut mati, itu bkn sifat orang islam. mati bukan mengira masa, tempat, darjat, kedudukan, kekayaan dan kehebatan. tapi dalam situasi sekarang ini yang ramai mati adalah mereka yang sebaliknya, insan2 miskin, lemah dan tak berdaya. tapi pada aku secara batinnya mereka sgt kaya kerana mereka berani menanti kematian. mereka sudah besedia dengan kematian, kematian sama seperti saat 2 biasa dalam kehidupan. inilah yang berlaku sekarang ini di semenanjung GAZA, tempat dimana penduduknya besar jiwa, tak gerun pada yahudi laknatullah. penduduk yang sudah biasa makan peluru dari makan roti. penduduk yang mempunyai sifat berani seperti panglima salehudin al - ayubi, penduduk yang takkan membiarkan golongan anak - anak babi dan kera itu lalu saja di depan mata. penduduk yang terdidik dengan sifat mulia islam, bilangan mereka bukan besar, tetapi ketakutan yahudi jahanam adalah lebih besar terhadap mereka, takut pada bilangan kecil yang sahih keislamannya. aku juga membayangkan jika si yahudi menyerang negara kita, pasti dan pasti ramai yang mati, bukan mati bilangan tetapi mati semangat, lihat berapa banyak sudut islam yang telah dirosakkan oleh kita sendiri, kita sendiri yang menanggalkan islam dari diri sendiri, bukan mereka. sebagai org yang jauh dan tak mampu bertindak apa - apa, ayuh rakan, ayuh teman, terbitkan simpati sambil berdoa, bukan simpati dan makian saja. doa itu senjata, mohon Allah beri kan kekuatan kepada saudara2 kita di sana. meraeka saudara kita. biarlah pak arab kontemporari yg bangang itu berpeluk tubuh sambil ketawa sendiri melihat jirannya diratah hidup - hidup. jangan jd seperti mereka. jangan jd anjng yahudi. pergi jahanam kalian wahai yahudi!



* aku sokong sahabat - sahabat ku yang sedang berteater BERANI MATI skrg ini, terbitkan semangat jihad di mana - mana, walau di dalam kelambu. jihad dengan fikir sertakan dengan takbir! moga usaha yg sedikit akan dinilai tuhan. amin.



syabas fasyali, is, tomok, wazir, syam bp, dan teman - teman senagkatan

syabas kepada sahabat - sahabat yang berjaya menghabiskn duit fakulti

syabas rakyat palestin, berjuang sampai mati

komentar sekitar poster ini


ini hasil fikir, bukan aku seorang akan tetapi melibatkan sahabatku yang ini( muzawira, dan baizura tidak ketinggalan acab sekali. terima kasih kepada saudari baizura yang mengolah poster ini menjadi seperti ceritanya. terima kasih juga kepada muza dan acab. terima kasih kalian

yang baru



Antara – bangsa

Ini bukan dasar negara mana – mana
Ini soal peristiwa,
Yang terjadi kepada orang kita,
Tak kira bangsa,

Ini bukan soal bangsa,
Ini peristiwa,
Yang melangkaui keturunan dan bangsa.

Peristiwa antara – bangsa
Kisah manusia,
Di sana.... di bukit antara bangsa

Tempat semayamnya berbilang2 bangsa
Daerah damai si kaya dan mereka yang belum kaya
Ruang megah tersergam banglo mewah,
Indah dengan deretan pondok eksklusif
Nilai berjuta2

Hakikatnya...
Itu bukan tempat mereka lagi
Bukan mahu si alam menghalau mereka
Tapi jelas itu bukan tempat mereka
Itu bukit antarabangsa.
Bukit antarabangsa.