Monday, December 15, 2008

sekarang ini

Dari darjah ke ijazah

Darjah itu telah berlalu.
bersalut seribu rindu pada guru,
darjah itu mengajar aku,
mengeja,mengira walau tiada berita.

Bermimpi untuk ke ijazah .
Tak pernah aku menjangka,
Untuk berdiri di tanah keramat ini.
Aku tak pasti.
Sangsi pada janji,cita-cita dan cinta,
Semuanya bagai beraja.

Aku masih perlu darjah itu,
Yang didalamnya aku bebas mengeja,membaca, mengira
Walau tiada berita.
19/8/06
12.30 pagi

7 comments:

Anonymous said...

harap peristiwa peristiwa yang di lalui dapat mematangkan =)

Wani Ardy said...

Kamu dijemput ke senikatawati.blogspot.com. Please send your email address to wani.ardy@gmail.com. TQ. :)

HajarAznam said...

aku harap ijazah kamu tidak berhenti disini sahaja. Harap kamu lanjutkan sarjanamu. Selagi hidup kita bergelar mahasiswa di dalam dunia gedung ilmu terbesar milikNYA. :)

Zura Firdaus B. Japri said...

terus berjalan. penat berjalan, tumpang orang. ada ongkos, bas ada teksi ada, kawan-kawan ada... penat berehat sekejap. sampai masa dapat juga. apa aku melalut nih?

renung dan tenung said...

zura ko tak melalut la, tu kan dilema sang perantau...

wani, aku akn masuk

hajar terima kasih... harap 2 aku tak mati cepat

jaja, buah boleh nampak matang dari kulit dan baunya, tetapi manusi akan matang bila ajal dekat menjelma.

Zura Firdaus B. Japri said...

TQ DOL

Vitamin said...

aku dah meletakkan kau sebagai seorang yang perlu aku ikuti karyanya. teruskan dol.