Thursday, September 25, 2008

setitik tinta kata, seluas lautan makna...

assalamualaikum.... kepada rakan dan sahabat yang sudi singgah dan menjengah ke laman wacana peribadiku. doa sejahtera aku dahulukan buat kalian yang masih kekal "insan" dan jauh dari kultus2 "syaitan. maaf jika sedikit kasar pemulanya, namun apa yang terbuku hanyalah niat memuliakan anda - anda yang mulia. untuk pengetahuan kalian, aku masih hidup seperti biasa... biasa seperti kalian. masih lagi celik mata, punya langkah untuk berjalan, perlu tidur, merasa penat, lapar, marah, gembira, tertawa, merintih dan seperti watak normal manusia yang kebanyakan. namun, terdapat sesuatu yang benar - benar aku rasa kehilangan. walaupun lagaknya seperti tiada apa - apa. ya ... aku betul - betul merasa kehilangan. kehilangan apa? pasti kalian mahu tahu bukan. dan dengan tujuan itu jugalah aku menulisnya di sini, kerana ingin membicarakan hal kehilangan itu. sebenarnya aku ini telah kehilangan "aku". aku ulangi kehilangan "aku"...

wahai kalian, itulah yang alami sekarang ini... sangat terseksa rasanya. walaupun aku masih bernyawa, tetapi nyawa ku itu bagai tiada. hidup umpama boneka yang dikurniakan gerak rasa. di dalam hati tiada apa - apa. kosong tidak berbekas. kerna apa ku katakan kosong, kerna dulu ianya pernah terisi. terisi dengan sesuatu yang besar, benar - benar besar, besar yang benar, tiada yang paling besar dan paling benar. jiwa aku seringkali meruntun mengenang kan hal itu, pernah ada tapi sekarang main tiada... makin menjauh. sebenarnya aku sedar namun kekuatan untuk bertindak sedar masih lagi bersifat "belum lagi". mula peristiwanya begini...

usai terawih pada satu malam, otak ku ligat berputar, kali ini benar 2 ligat berfikir. ianya kesan tazkirah tantang satu kisah yang disampaikan oleh seorang ustaz berkenaan "maut". ustaz tersebut menceritakan mengenai kepelbagaian cara "maut diambil dari kita". rata - ratanya memang penuh seksa. itu katanya. mengambil contoh kisah kewafatan Baginda S.A.W. semasa Allah Taala memerintahkan malaikat Izrail menjemput nyawa Baginda, Baginda merasakan satu kesakitan yang amat dahsyat. dari segi logikanya memang tidak digambarkan peritnya. walaupun cara Rasulullah dicabut nyawanya itu dengan cara yang paling ringan di antara lain . namun dengan jelas baginda memperumpamakan kesakitannya seperti mana kulit yang disiat hidup2. Allah... tersentak sebentar rasa mengantuk ku, cuba kalian bayangkan. bagaimana Seorang kekasih Allah yang maksum merasakan sebegitu, apatah lagi kita yang langsung tiada sifat2 kenabian dan masih lagi kekal selesa dengan dosa. perhatian ku terbawa lagi ... kali ini benar - benar merintih batin kemanusiaanku. apa yang nabi katakan pada saat sakaratul maut itu, Baginda bertanya pada malaikat jibrail, wahai jibrail bagaimanakah agaknya umat ku menghadapi maut kalau seperti ini rasanya. aduh... kali ini hati ku benar2 tergugah. persoalan seterusnya yang Nabi ajukan pada jibrail, apa janji Allah pada umatku.. apa kelebihan yang ada pd umatku. pada saat itu nyawa Baginda di paras dadanya. bayangkan wahai kalian, tentang kasihnya Nabi pada kita. hal umat didahulukan, Ya allah moga aku ditambahkan rasa cinta dan kasih pada baginda, aku berharap kalian juga meminta yang sama seperti itu.
jawapan jibrail, wahai Rasulullah. kemuliaan umatmu adalh, mereka adalah golongan yang pertama di hisab dan juga umat mu jugalah sebagai golongan yang pertama merentasi titian sirat. aku memandang pada diriku sendiri. mengenang dan mengenang. Ya Allah... mahukah kah aku jd orang pertama yang mendapat malu kerna hasil2 dosa2 ku, malu dan belum tentu pasti lepas pada titian yang sejauh mata memandang panjangnya. hatiku mula berdenting, ya rabi.. ya rabbi... hanya itu perkataan itu yang terpacul pada ku. dan pada pengakhiran Nabi dijemput menemui Allah itu, apa yang nabi ucap. aku pasti kalian pernah mendengar kan? umatku... umatku... umatku lantas nabi menyebut lagi solat... solat... solat...

Ya Rabbi solatku... aku tertunduk, hampir bergenang air mataku. hatiku direntap2 dengan kenangan lepas. kenangan yang pasti ada dosa. tuhan... jerit dan rintihku. Allah... ratap dan rayuku. Astaghfirullah... Astaghfirullah.

siapa yang mahu jd manusia yang rugi...
penantian di padang mashaar yang amat panjang tidak terbayang bila penamatnya. mahukah kita membawa bekal yang tidak sempurna dan bekal itu kita tunjukkan kpd Allah. dimanakah maruah kita...

aku bertanya pada hatiku, wahai hati pada saat ini hal apa yang kamu amat sukai. dunia... dunia... dunia... dan seisinya, jawabnya. engkau kecil, mana mungkin dunia yg besar ini boleh kau tampung. aku ada yang berkuasa(jawab hati lagi), sifatnya besar, hebat, keinginan tak pernah kalah. apa shj boleh aku miliki melalui bantuannya. siapa dia itu, tanyaku? masakan kau tidak tahu. dialah yg paling rapat dengan mu, kemana shj kau bersamanya, rapat, mesra dan saling mempercayai. bahkan seringkali kau meyakininya. jejaknya kau turut. dia umpama gurumu. bertalu2 hati memberitahuku. siapa ya ? aku mengerut2 kan dahi, dekat? mesra? umpama guru?. sedang seperti itu, aku disentak oleh suara yang seperti pernah aku kenal. wahai kamu, apa benar kau tidak kenal pada aku? mari... pandang ke sini. aku terus mengikuti suara itu. akulah teman mu. ke mana saja pasti bersama. bahkan kita serasi wahai kamu. nafsu... bisik ku. hah... itulah teman mu kata hati. aku sebagai rumahnya. dan dia tuan punya aku. dan aku tinggal di dalam kamu. apabila dia(nafsu) menjadi tuanku, pasti dia menjadi tuan mu. keluh hati... sebenarnya di dalam aku ini bukan untuknya. bukan untuk dunia. tetapi di dalam aku ini adalah tempat letak untukTuhan yang menciptakan kamu, yang menciptakan aku, yang menciptakan dia(nafsu), yang menciptakan dunia, yang menciptakan segala - galanya.

hatiku terpaksa rela jd seperti itu, dia tidak mahu, aku yang memaksanya... kesal dan aku sangat mengesalinya.

Tuesday, September 16, 2008

kata belakang atau belakang kata

kata belakang terus berbunyi,
walau nadi mahu mati

belakang kata bukan sunyi,
ada makna tersendiri, biar diam mengaburi.

kata belakang sembunyi - sembunyi,
tak berani terbuka, menjenguk luar sana

belakang kata, ada tanda.
asyik menggugah jiwa, menghindar prasangka
damai sampai bila - bila

Saturday, September 13, 2008

DARI ARAH ITU...

ARAH ITU SERING AKU TUJU...
UNTUK KU TAHU MANA ASAL KU.
KITA TAHU ARAH ITU,
TAPI... SELALU KAH KITA KE SITU.
KITA KE ARAH ITU , BILA PERLU, BILA BUNTU.
BENAR...
AKU TAK TIPU.

Thursday, September 11, 2008

HARI INI AKU TERFIKIR TENTANG TUHAN!




BISIK KALIMAH ITU MENERPA...
BESAR SIFAT TIDAK TERDUGA,
DALAM CELIK AKU MERABA.
MENCARI MANA TUHAN?
JIWA AKU... MANA TAHAN!

Monday, September 1, 2008

dari 800 ke 0 ringgit



cuti pertengahan sem lalu, lebih kurang seminggu yang lepas..... tuhan bagi aku peluang. peluang cari duit. tiba2 sorang senior call aku, nak pakai man power(bhgn teknikal). mula2 aku agak terkejut, sebab time tu 5 ringgit je yang ade. nak g folow pun takut tak lepas, tapi lepas mamat u cakap dia nak bg 8 rat utk dua hr shoot, aku beranikan diri gak pg ke kuala selangor, tempat team tu shooting. dengan minyak motor yang ade separuh, lepastu berbekalkan 5 ragok yang ada 5 helai je, aku pun mulakan perjalanan, perjalanan yang biasa je, aku jumpa, jalan, garisan2 di jalanan yang pelbagai warna, lampu isyarat, simpang empat, tiga, dua, simpang siur pun aku jumpa. takde ape yang menarik pun sepanjang perjalanan tu...

berbekalkan ex5 yang jadi kegilaan minah2 rempit yang nak tayang punggung (perasan la tu). aku pulas throttle nye, dengan rasa was2 sbb minyak semakin kurang, tapi aku tetap relaks je, sebenarnye ex 5 aku tu dah lama merajuk sebab lame tak kene servis, macam manusia gak la kan, jadi performance dia tak berapa baik utk aku bergerak pantas. sepanjang perjalanan tu hati ngan otak ku berbelah bagi, hati kecil meronta2 nak duit belanja, dalam otak ku pulak lain....(nak buat thesis), cuti seminggu aku nak repair thesis aku, tapi bile ade job, semua tak jadi lagipun aku memang agak kering, yg mampu aku buat doa, mintak murah rezeki & sangka baik kat Tuhan, ingat senang ke nak sangka baik cam gitu, kadang2 sampai mati pun manusia tak boleh nak konsisten sangka baik kat tuhan, aku masih belajar untuk bersangka baik ...

dah menyimpang pulak cerita 8 rat tu.
aku sambung balik.... sampai kat k. selangor, lepak masjid jap, tunggu maghrib,(masjid yang dekat dengan Bukit malawati) lepak sorang2, lepas solat dijemput oleh senior tu ke chalet. aku pun masuk ar ke chalet tu, park barang2 usha katil kosong, kenal ngan brader team tu, agak ganas2 gak diorang, lepastu briefing pasal shooting plak, aku kenal kan diri, my name is wak dol, diulangi wak dol, lagi sekali wak dol, diorang tanye, pesal name aku wak dol. aku jawab nama tuah, name yang ade sentimental tersendiri tapi kadang2 sakitmental juga sebab name akutu. name yang dapat masa umur aku 13 tahun(duduk di asrama). aku dapat nama tu sebab sesuatu yang telah aku buat dengan konsisten kat asrama sampai habis. hahaha misteri tau.

tentang position aku kat team tu, aku ditugaskan sebagai macai angkat besi barang teknikal. hahaha perkara yang sebenarnya malas aku nak buat, tapi dah takde pilihan, mungkin semua manusia akan buat sesuatu yang terpaksa sebab takde pilihan kan macam aku. aku layankan je. perform sbaik mungkin.

hari pertama call time pukul 7 wrape pukul 1.00 pagi

*takde cerite best

hari kedua call time pukul 6.00 wrape pukul 2.00 pagi

*takde cerite best jugak, oops.... ade yang best sebenarnya dan ianya merupakan cerita paling best haritu, wrape... n dapat 8 rat.tak banyak kan, mungkin pada korang x banyak, pada aku cukup banyak.

otak aku dah plan macam2, lepas ni terus balik kg, repair moto, belanja makan2 kat famili, beli barang dapur kat kg, bayarkan bil umah mak aku, beli kertas n dakwat utk thesis, bayar sewa rumah, bayar hutang kawan, prepare beli barang dapur kat rumah bujang, bayar bil rumah bujang, beli rokok mahal sikit, hahaha,

ade gak hasrat nak singgah bundle, usha baju ke seluar yang harganya tak lebih dari 10 ragok.
hampeh takde yang cun.

dari lapan rat yang aku dapat tu dan setelah dilaksanakn ape yang aku plan tu, jumlah kesemuanya telah tiada lagi, beralih jadi kosong.

tapi aku puas.... sebab jumlah duit yang kosong skrg ni, disebabkan perkara2 yang aku rase best nak buat, hasrat hati yang dah lama terpendam. cumanya sekarang ni aku perlu buat macam sebelum aku dapat 8 rat tu, doa mintak murah rezeki ngan sangka baik kat Tuhan. diulangi sekali lagi sangka baik kat Tuhan.

lagipun mase aku taip cerita betul ni, di malam kedua ramadhan, bulan yang paling meriah dalam Islam, meriah dari pelbagai segi contoh rumah2 ibadat jadi meriah dengan solat terawih, bazar2 pun meriah dgn orang berniaga, para dermawan dengan meriahnya menaburkan sedekah, tajaan sesi berbuka ngan moreh di sana sini, dan banyak lagi

yang pasti dengan jumlah Rm aku yg kosong skrg ni, hati aku tetap meriah macam aku ade 8 rat, tak pun 8 rib, 8 juta, 8 ratus juta, dan 8 yang banyak lagi

*sesiapa nak derma jangan segan2 bagi aku.hahaha, (belanja buka pose pun dah kira syukur)