
Jiwa miskin ini menganggap dunia lapangan dosa.
Kaya mengata, mencerca, memfitnah dan menghina.
Kerana…
Kita suka.
Jiwa kaya itu girang mendakwa dunia syurga nyata.
Kerana…
Dia berada.
Jiwa sederhana kita sering sangsi pada dunia.
Timbang tara keduanya tiada adil selama.
Bergantung pada suka atau berada.
Itulah dunia kita yang itu dan ini,
Inilah dunia kita yang miskin dan kaya.
3 comments:
bro lu nya blog style la..leh print buat buku..kaya ooo
betul tu=)
busby babe:
lum lg bro, karyaku masih mentah
coffeholic:
betul ke?
Post a Comment