Wednesday, November 12, 2008

anak sulung aku "rumah kecil ku ada kelambu"


tajuk yang dekat atas tu tajuk dalam bahasa melayu atau kini bahasa malaysia nya. tapi tajuk sebenarnya dalam cerita "betul" dalam hidup aku lain slanga atau dialek nya. dalam bahasa ibunda ku "omah cili ku enek kelambu". kalau korang tanye apa maksudnya, tu tgk la kat atas tu.

syukur kepada Allah sebab dengan belas ehsan nya bajet utk projek aku tu diluluskan. kalau ikutkan perancangan manusia, projek ni kene "run" 5 bulan lepas. tapi pada mase tu aku ada komitmen lain, lg pun bajet takde. kene dahulukan duit. dan kebetulan, aku sentiasa takde duit yang banyak. kalau untuk makan pun bercatu ini kan lagi nak shoot short film. tu sbb aku tak jd shoot.

seperkara lagi, bg aku ini berkat kerja keras produser aku yang selalu sibuk ntah kemana - mana, tak pun saja sibuk kan diri, en azmir dan assist nye cik nofar away yg propose tajuk skrip aku n cuba dapatkan bajet. terima kasih korang... smg Allah dpt balas kerja keras n separa keras korang. aku sayang korang...
insya Allah dlm 2 minggu lg kita akan sama2 pg shoot.. yahooooooo.com

tentang skrip ni plak, asalnya idea aku masa kelas honour showcase, kene buat individual project. aku pitching cter ni kat dekan, jual air liur dulu. tup tup dia suke.die cadang kat aku utk shoot, jd aku shootla utk kelas dia, tp jd tak best. keje last minit, jd cam hampeh. tp aku suke. hampeh kat mata org, berharga kat mata n hati aku. tp projek first tu tak jd camne yg aku nak, first try kan. byk lack, byk moment2 ptg aku tak sempat tonjolkan. takpelah tu cter lame, blaja dr kebodohan n kesilapan kan. aku ok je

aku igt sampai tu je la... tp aku ada ckp ngan dekan, kalau aku ada peluang sekali lg, aku nak shoot cter tu lg better. lps tu bln 5 hr tu mase cuti sem, skrip aku naik. kene pilih utk d shoot. tp tak sempat mcm aku cter sebelum ni. aku rilek dulu, layankan thesis yg dah berakhir ni.... bye thesis, aku nak jd film maker plak lps ni. hahaha.

dan skrg tiba lah saat nya. skrip dan bajet telah lulus, walaupun tak dapat full, tp pada aku kira ok la tu ada yg nak bg duit. citer aku ni pun bukan kene belanja sampai juta2... (tp hasil cam bajet ringit2 je)jgn mara eh. aku tak kisah, janji ada modal sikit yg boleh menggerakkan projek ni. aku dah ok n on je

tentang team tu, aku masih kekalkan line up asal dan kpd yg sudi dtg menolong, aku alu - alukan. takde token eh, mkn ade kot. aku harap kali ni team ni akn jd team yg solid molid. walaupun dikala ini kami tak jauh miskin. wei... kira ok la tu. buat cter pasal miskin2 di dalam keadaan semua org tengah miskin, barulah feel. baru dapat soul, betul tak.hehe

kali ni aku nak buat dialog berdasarkan skrip dlm bahasa jawa 100%, tak kiralah ape nak jd. aku nak jawa gak. kalo tak fhm, jgn risau aku akn sediakan kredit title(b.m utk org biasa2) ngan (b.i untuk bebudak urban la konon ngan org luar negara) kalo karya ni sampai luar la. jgn igt plak target aku tu utk persatuan jawa sedunia takpun utk wilayah2 jawa dkt nusantara ni. aku target utk sume. target tak tinggi sgt. asal sudah, berkat, ngan buat org senyap dah cukup pada ku.

ok lah malas aku nak memebebel lg. aku harap pd kengkawan aku teristimewanya yg akan shoot sama2. aku mohon kali ini buat sehabis baik. insya Allah kalau betul niatnya. Tuhan takkan halang kerja kita. kita mohon berkat dari Nya... ok kita jumpa nanti... papepun

terima kasih emakku n bapakku, "embah"2 ku n "nyai"2 ku. adik2 akudan korang....

t.q dekan
terima kasih azmir
rerima kasih nofar
terima kasih en mazli
terima kasih Fakulti ku, uitm
terima kasih en Norman
terima kasih epul,tom,ridset,zura,gjan,uda,man naga, hazlin aisha,chap,su tg karang. sesape yg penah tolong dan akan tolong.... (nama korang aku letak kat kredit title k) haha


sebenarnya skrip cter aku tu ade "abg" nye, nak baca... bacalah.

Rumah atapku

Waktu kecil dulu. Helaian nipah dan permaidani buluh selalu kusentuh,

Berteman sejuk angin yang lalu diliang-liang atap, mendamai jiwa yang meratap,

Pagiku sering bersaing dengan sinaran mentari dari celahan lubang rekahan.

Damai era itu tiada berbilik, gaya tidurku bersarang kelambu. Miskin minta dibantu, gelaran mereka.

Pandangan manusia tentang rumah bobrokku mencacatkan mata.

Kami tak kalah rayu, kami tak ragu menunggu.

Siangku dingin meniti angin. Malamku dingin bertarung angin.

Derap langkah yang menghentam lantai usang itu sering kuperhati,

Ratapan bunyinya seperti rentak menanti.

Usai enam bulan, rumbia gugur meniti usia.

Sulaman orang tua melindung renyai-renyai derita.

Dian setia meneman,hingga layu ditiup bayu.

Aku bercahaya menumpu abjad umurku.

mengeja,mengira tanpa makna.

Kini rumah itu masih ada,

Nisan dan potretnya jelas nyata.

Takkan kupadam,malahan setia kugenggam penuh azam.



kito menuso seng orep nang dunio sediluk aye, semestine kito golek sangu sak cukupe.
tapi kito usah ngantek kelalen, usah ngantek kesandung, njalok dalan , dungo mareng gusti pengeran mugo diselametke nagn dunio karo ngan kono. amin

Monday, November 10, 2008

lagu ku, lagu kita semua

Berbondong-bondong jiwa itu datang,

Hasrat dibawa jadi pembela,

Jejak batinku, kau sertai,

Dengan azam yang meluap-luap.

Itu hanyalah pemula

sedang masa terus mengejar,

paksi tekad lama kian melonglai.

Kau cemari dengan lagakmu,

Kau racuni dengan nafsumu,

Jiwa terjajah telah berlalu,

Kini aku dengan caraku.

Friday, November 7, 2008

Antara 1 dan 2


Makhluk perlu 2,

Untuk dapat 1,

Kemudian perlu 1,

Dan jadi 2,

Terus dapat satu lagi.

Kemudian perlu 1,

Untuk berdua dan dapat 1 lagi.

Tuhan hanya 1,

Bukan 2.

Tetap satu sampai bila-bila.

1 bukan berbapa,

1 tiada pemula.

Kalau 1 sudah pasti bukan 2.

Positif – negatif

Baik – buruk

Cantik – hodoh

Jauh – dekat

Dosa – pahala

Syurga – neraka

Miskin – kaya

Mulia – hina

Lelaki – wanita.

Kita perlu 2,

Untuk pilih yang satu.

Sudah sedia ada yang 1,

Jangan sekali didua,

Dari 1 adanya 1,

Kemudian 2,

Dari yang Satu

Tuesday, November 4, 2008

Corak dunia




Jiwa miskin ini menganggap dunia lapangan dosa.

Kaya mengata, mencerca, memfitnah dan menghina.

Kerana…

Kita suka.


Jiwa kaya itu girang mendakwa dunia syurga nyata.Tempat bersuka,berlibur, bulan madu dan kota keriangan.

Kerana…

Dia berada.


Jiwa sederhana kita sering sangsi pada dunia.Tempat tuainya hasil pahala atau labuhnya ladang dosa.

Timbang tara keduanya tiada adil selama.

Bergantung pada suka atau berada.


Itulah dunia kita yang itu dan ini,

Inilah dunia kita yang miskin dan kaya.

Monday, November 3, 2008

Uzlah,qiam,mujahadah.





Sendiri penuh erti,

memandang benak sanubari, wajah insani.

Merungut jangan sampai bersungut,

nikmat yang ditabur belum puja syukur.

Resam alam tanpa garam,

Menampal dosa lampau ke dinding telus tanpa silau.

Bukti janji ayuh berdiri,

Rapatkan jari, ratapi dan ambil peduli.

Dalam senang pujuklah tenang.

Benamkan tumit tanpa sakit,

Lenguh tanpa jerit.

Nampak sungguh walau qarin cuit mengaduh.

Lontarkan helah, jangan kalah.

3.19 pagi

11 rejab 1427 hijrah

Anjung sepi, halaman budi.