Friday, December 16, 2011

di padang....ranah minang.

perjalanan panjang dari kedah ke kuala lumpur lantas terus ke klia dan terbang pula ke sumatera barat bersama rombongan pelajar cukup melelahkan kondisinya. namun begitu digagahkan juga dmi pengalaman dan pelajaran untuk saya dan mereka. sesampai di lapangan terbang antarabangsa minangkabau rombongan kami disambut oleh pensyarah dan pelajar IAIN IMAM BONJOL. rata rata yang menymbut itu mereka yg pernah datang di Malaysia. Alhamdulillah, tiada sebarang kesulitan yg dihadapi sepanjang perjalanan. kam ditempatkan di wisma atau bangunan yang serupa motel. cukup memadai semua yang telah disediakan. biarlah sederhana tapi mesra, dari mewah menyombong tak tentu arah. banyak situasi baru yang saya temui, bumi pasca gempa yang rata ratanya masih dalam proses pemulihan. kesederhaaan masyarakatnya yang mewah budi bahasa dalam pelayanan tamu luar. rasa gelisah pada saya ianya normal dan juga merupakan proses pelajaran. amun tiada perkara apapun yang harus saya gelisahkan, jika kedatangan ini dengan nawaitu yg teraarah kepada kebaikan. pada sebelah malamnya selesai kami stirehat, majlis alu aluan diadakan. serba ringkas dan kami para rombongan bertaa'ruf bersama warga institut tersebut. sederhana, ramah tamah dan ringan dengan bantuan dapat saya rumuskan mengenai warga di sini. semoga segala bantuan mereka dapat sempat dibalas dengan kebaikan juga.

* para pelajar yg pernah berkunjung di insanah....mahu tahu dengan kisah arwah Syed Ahmad (roberto) bagi gelarnya pada para pelajar di sini, lantas aku kisahkan pada mereka...biarlah arwah aman dalam kenang kenang yang indah.

#aku belajar berjauhan dengan isteriku yg sarat mengandung.... rindu dendam bertalu talu, mengalahkan saat pertama bertemu.... ini mungkin sebenar benar RINDU....

Tuesday, October 18, 2011

perjalanan rohani

tunduk tangis, sedu sesal , rintih perih
tak tersangka cerita ini muncul kembali...

kali ini "dia" menjelajah jauh ke sudut hati sendiri. Hingga tertunduk sayu menyelam isi hati yang terpendam, dendam yang digenggam dan cita yang tak terpadam. semuanya jadi satu, digumpal halus bertaut cambah. Hingga rohani nya berkata kata tentang "dia". apa yang perlu , apa yang tidak perlu dalam dirinya. Rumit ceritanya, tapi tidak rumit jika bersungguh merawatinya. Perjalanan terus ini sedang berehat ....dan akan berjalan lagi.

Thursday, October 13, 2011

salam kembali

SP -KL
sudah hampir 5 bulan menjadi suami....bermakna sudah hampir setiap bulan atau 2 minggu sekali aku berulang alik dari sungai petani ke kuala lumpur.menjenguk orang rumah yg sedang "berisi". risau sakit pening si isteri yg jauh. hanya termampu ketika aku berjauhan....telefon dan bersembang panjang hingga berjela jela bil bulanan...
komunikasi seperti zaman cinta...semoga TUHAN kabul dan kekalkan kepada aku isteri.

cinta jarak jauh...sulam kasih sulam sayang sulam cinta pada isteri dan keluarga.kalau dekat dengan mereka esok esok pun aku nak rasa yg sama, rasa yg sama....

berkeluarga...renggang dengan rakan dan sahabat.
pada aku itu pada tahap awal mungkin, sebab utama nak sesuaikan suasana yang baharu... jadi kepada kawan kawan dan sahabat saya. kita masih saudara sampai bila - bila.

cita cita pula...
soal ini sudah lama aku simpan, kali ini aku nak korek, timbang, tatang, juang dan menang...tulang belakang sudah bertambah, semangat insyaAllah turut juga tambah.
sayang cita cita dibuang buang....

tahniah...
kepada sahabat sahabat yg telah maju kehadapan, dari segi karier atau perut mereka...hahaha jgn marah ya...

berkarya...
belum dapat janji apa apa...aku nak hijrah balik ke kuala atau teluk......sebab di sungai ini belum dapat apa apa. huh.....

Tuesday, May 24, 2011

SAH

SUKAR JADI SAH...
JIKA SAKSI GELENG DAN SURUH BUAT LAGI

TAK AKAN JADI SAH...
BILA TOK KADI LARI

MEMANG TAK SAH...
KALAU PENGANTIN LELAKI TAK TONJOLKAN DIRI

SAH...
JIKA PIHAK YG BERTIGA DI ATAS TU SEPAKAT DAN TERUSKAN KENDURI.

SAH SAH SAH...
PERKATAAN YG AKAN GEMBIRAKAN ISTERI...

SAH...
KALI INI HIDUP TAK LAGI SUNYI SENDIRI.

ISTERI...
KAU SAH BUATKU SELAGI MANA TAAT DAN PATUH KAMU DAHULUKAN PADA ILAHI, NABI SUAMI

SUAMI...
ITULAH AKU, BERTANGGUNGJAWAB MENYAYANGI, TIDAK MENYAKITI DAN MEMBIMBING ISTERI SAMPAI AKU MATI.

BERTUKAR....

MUNGKIN YG TERBAIK AKU KATAKAN PADA MASA SEKARRANG INI ADALAH....... AKU AKAN BERTUKAR.
BUKAN TUKAR KERJA, BUKAN TUKAR KERETA, BUKAN TUKAR FIKIRAN, BUKAN TUKAR PASANGAN....AKU AKAN BERTUKAR.

AMBIK TANGGUNGJAWAB SEORANG WANITA DARI AYAHNYA DAN GALAS DI BAHU AKU YANG TAK SEBERAPA NAK LEBAR NI. BERAT MUNGKIN, AKU TAK TAHU. LAMA MANA?.... SAMPAI AKU MATI.ALAHAMDULILLAH, AKU BERSYUKUR ALLAH TEMUKAN DGN BAKAL ISTERI YANG SENTIASA BERSAMA - SAMA DALAM APA JUA KEADAAN YG MELANDA. SYUKUR DENGAN DUGAAN, SYKUR DGN PENYELESAIAN, SYUKUR DGN RRAHMAT, SYUKUR DGN REZEKI, PADA MASA "BERDUA" YANG AKAN DATANG NI LAH, SEGALA BENDA NI AKAN AKU DAN SI DIA PELAJARI....GELORA TETAP ADA, BILA? AKU TAK DAPAT NAK JANGKA. GELORA DATANG TAK TERJANGKA, JANGAN PATAH DAYUNG SUDAHLAH. KALAU PATAH... KENA PANDAI BERENANG DAN APUNGKAN BADAN. KALI INI AKU BUKAN BERENANG SORANG - SORANG. AKU KENE CAPAI TANGAN DAN LEBIH RISAUKAN DIA DARI AKU SENDIRI.DIA TANGGUNGJAWAB AKU...DAH SEDIA? RAMAI YANG TANYA, APA YANG ADA SEKARANG INI AKU KENE SEDIA. MAHU TAK MAHU, WAJIB AKU SEDIA. ASAH PEDANG SEBELUM PERANG, ASAH PARANG SEBELUM MENEBAS, ASAH PISAU SEBELUM POTONG....

AKU AKAN BERTUKAR STATUS...
JADI PEMBINA MASJID, SEMPURNAKAN SEPARUH AGAMA, NAK BUAT SYAITAN MELALAK LOLONG KECEWA.
TANGGUNG DOSA ISTERI, ANAK DAN KETURUNAN SETERUSNYA...

YA ALLAH HAMBA INI SGT HINA DAN KECIL KEKUATANNYA. MOHON PADAMU ALLAH DIKUATKAN SEGALA SUDUT DARIKU. DIBUKAKAN PINTU KEBIKAN DAN KEBAJIKAN, DITUTUP PINTU KEJAHATAN DAN KEFAKIRAN. AKU MOHON YA ALLAH LETAKKAN KEBIJAKSANAAN DALAM SEGALA KEPUTUSAN....MOHON AMPUN DARIMU YA ALLAH...

Monday, March 21, 2011

baca, membaca, bacalah, ada baca, suka membaca, tak nak baca, jangan baca, suruh baca.

tulisan yang dibina ini adalah dengan tujuan dibaca. tulisan yang dibaca dengan niat membaca adalah satu proses pembacaan. membaca pembacaan tulisan dan penulisan merupakan gerakan niat asal dari perkataan BACA.

PERMULAAN YANG RUMIT TENTANG baca. BACA PERLU ADA FIKIR, MAHU DAN PANDAI BACA. KENAL HURUF, SIFAT HURUF, BUNYI HURUF DAN PERKATAAN ADALAH FORMULA UNTUK MEMBACA. ORANG BUTA HURUF BUKAN TAK MAHU BACA, TAPI TAK MAMPU MEMBACA. ORANG TAK MAHU MEMBACA, BUKAN ORANG BUTA HURUF TAPI ORANG YANG MAMPU MEBACA DAN TAK MAHU BACA.

PERTENGAHAN YG SEMAKIN RUMIT JIKA MAHU TERUS MEMBACA.
TEKNIK MEMBACA PULA BANYAKLAH SANGAT KATEGORI SERTA GAYANYA.
TEKNIK 1 = MEMBACA DARI kiri ke kanan DISUSULI KEBAWAH.

*gaya pembacaan kontemporari, hasil pendidikan sekular. pembacanya terdiri dari golongan yg menerima pendidikan ala barat. tak kiralah orang itu tersangatlah timur geografi alam hidupnya. sebagai contoh segala yang saya taip ini adalah susunan huruf hasil jejak jajah kolonial bangsa putih yang pernah hinggap di tanah timur kita. bolehkah saya kata, saya mangsa bangsa putih itu, mungkin boleh dan mana boleh tidak. jika saya memilih utk menulis cara seperti yang saya akan tulis di bawah nanti, saya masih boleh memilih. mungkin nampak asing tapi tidaklah sangat asing. bagi mudah DIBACA. saya teruskan menulis ala ini. mudah untuk saya juga...


TEKNIK 2 = MEMBACA DARI KANAN KE KIRI DAN DISUSULI KEBAWAH JUGA.

#GAYA BACAAN PARA QARI DAN QARIAH. ORANG2 LAMA JUGA SGT SUKA MEMBACA TEKNIK INI, lebih nusantara istilahnya. ia sebenarnya huruf asing dari benua arab. berasimilasi dengan corak tempatan kita, sangat harmoni sifatnya. kerana datangnya huruf2 itu dengan sifat kedamaian langsung tidak berniat jajah perintah. sekarang ini bukan lagi majoriti bilangan pembacanya. pada kita, mungkin gaya ini adalah jamuan mata paling awal yang terpaksa kita hadap pada tahap menjelang umur mumayyiz kita. alif ba ta...dan seterusnya. alif di atas aaa, ba di atas baa ta di atas taa... dan seterusnya juga. hinggalah ke tahap tajwid yang kompleks seperti tamwin, mad, iqlab dan sebagainya.
gaya bacaan ini, rasminya pada anak2 muda macam kita, ramai yang akan gagap dan termakan - makan huruf itu, hingga pada tahap yang sangat kritikal. tidak ada bunyi huruf langsung yang terkeluar, hanya bunyi angin yang kosong makna terpacul pada kita. jika berbunyi pun belum tentu betul sifat dan maknanya. oh kasihan kita, marilah rajin2 membaca gaya ini.

ada gaya yang lain. tapi saya tidak pakar langsung.

Thursday, March 17, 2011

BINATANG !!!!!!




NI GAMBOR KUCIN AKU DAN KAWAN KAWAN SERUMAH AKU .... NAMA DIA SONATA...NAMA KOREA KAN...KAMI JUMPA DI D'SONATA TOMYAM. BERSEMPENA NAMA KEDAI TU... SGT COMEL NAMA DAN SIFAT KUCIN NI.

MGGU LEPAS, AKU BALIK KE KAMPUNG... KEMUDIAN AKU BALIK SINI (SG PETANI. AKU NAMPAK SONATA LANDING KAT ATEH TIKOR BILIK AKU. KEADAAN DIA NAMPAK SETABIL JE. SEKALI DIA NAK DEKAT KAT AKU TERHINCUT - HINCUT KAKI DIA... SEMERBAK BAU MINYAK GAMAT MENUSUK HIDUNG KU. OH.... MAT ROCK SAPU KAT KAKI DIA KOT. MEMANG BETUL, KAKI DIA DISAPU MINYAK GAMAT LANGKAWI...HAHAHA. ESOKNYE AKU PERGI KERJA. MAT ROCK TELEPON AKU NAK BWK KE VETERINER. APEHAL? SI SONATA TU... DIA KATA SONATA DAH LAIN MACAM. DALAM OTAK AKU DAH FIKIR SI SONATA NI NAK MENINGGAL DAH KE. ALAHAI , JANGANLAH MATI DULU. AKU TERUS BALIK RUMAH, PARKING KETE DAN TERUS PEGI TGK SONATA. DIA BERLUMURAN DARAH. OH..... DIA BERANAK RUPENYE. TAPI KESIAN ANAK DIA SEMUA MATI. KELAHIRAN PRA-MATANG. SAPELAH KUCING JANTAN YG BIKIN SONATA BUNTING. PATUTLAH MALAM SEBELUM SONATA BERANAK, MEOW TU "NGAUNG-NGAUNG" MASA AKU TIDO. DIA CARI PORT NAK BERANAK KAT DALAM ALMARI AKU. SONATA PATAH KAKI DAN PATAH HATI. KAKINYA RUPA - RUPANYA PATAH, ADA "BINATANG" YANG PUKUL KOT. KALAU PATAH SEBAB GADUH TAK LOGIK LANGSUNG. PALING KUAT KALAU KUCIN GADOH, CALOR BALOR JE MUKE KUCIN TU KAN. NI MESTI ANGKARA "BINATANG". KESIAN SONATA.... HATI DIA PUN PATAH. SEBANYA BARU NAK ADA ANAK, KEGUGURAN PULAK. AKU NGAN MAT ROCK TANAM ANAK SONATA KATT TEPI RUMAH. SEBELUM TU AKU HAPPY GILE DPT TAHU SONATA BERANAK. BKN SETAKAT AKU. ANAK - NAK JIRAN AKU PUN HAPPY. ALONG,ANGAH NGAN ACIK ADA NAMA LAIN UNTUK SONATA. NAMA YANG DEME PANGGIL LAT KUCING TU "PUTERI"... COMEL NAMA TU. SEKARANG SONATA DALAM PROSES PEMULIHAN. KALAU MANUUSIA MUNGKIN DAH GILE MEROYAN KOT. TAPI TULAH, KUCING ADA GILE MEROYAN KE?. ADA KOT...MUNGKIN AKU JE YANG TAK FAHAM LG BAHASA SONATA. SEMALAM SONATA MAKAN IKAN KEMBONG YG TAK KEMBONG 3 EKOR. SEMALAM JUGAK AKU LETAK KAT KAKI DIA KAYU AISKRIM DUUA BATANG LEPASTU BANDAGE KAN KAKI DIE. SEMOGA SONATA CEPAT SEMBUH. SYANG SONATA.... DAN AKU BENCI "BINATANG " YANG PUKUL SONATA. KALAU AKU TAHU DAN JUMPA.... JAGALAH DIA.

Thursday, March 10, 2011

TUBNA ILALLAH

ucapan rasa rendah hati tanda menyesali dosa yang berganda. perlakuan dosa yang disedari dan juga dosa yang tak disedari amatlaj jauh jurang bezanya. yang mana lebih waras dan boleh diterima akal. yang mana patut dulu dimaafkan. dosa yang disedari, pelaku dosa itu sedar tentang dosa yang dilakukannya adalah dosa, manakala dosa yang tidak disedari terjadi apabila si pendosa tidak SEDAR TENTANG DOSA nya. kedua - duanya adalah dosa bukan. dosa yang perlukan pada pengampunan. lain pula dengan sedar akan diri berdosa dan tidak sedar akan diri berdosa. kedua - duanya juga berbeza. ambil contoh si polan sedar melakukan dosa dan dia sedar dirinya telah melakukan dosa dan dia mengharapkan pengampunan dari dosa, seterusnya dia berusaha menghentikan dosa dan berazam tidak mengulanginya. jawapannya = taubat dan insaf. contoh seterusnya si polan tidar sedar diri melakukan dosa dan berdosa, dan berterusan tidak sedarkan tentang situasinya, jawapannya = tidak insaf dan tidak akan terus insaf. di dalam kedua - dua situasi ini menyerlahkan sifat manusia yang berpakej. kemalaikatan dan kesyaitanan. insan melalui fasa sedar sifat kesyaitanan dan beralih untuk menuju sifat kemalaikatan. manusia pula kedua sifat ini saling berganti, setiap saat, minit, jam dan hari malahan seluruh umurnya. terus berperang dengan kedua dua sifat ini hingga hujung ajal manusia. di mana strata diri kita selaku pendosa...
mahu jadi insan yang berdosa atau manusia yang pendosa... pilihan sentiasa memihak pada diri kita. selagi kita layak memilih, selagi itulah peluang terbentang luas depan mata. peluang tertutup dengan tanda tertutupnya mata kita. RAHMAT TUHAN TERBENTANG LUAS, KASIH TUHAN MEMAYUNG TINGGI. TUBNA ILLALLAH, WA ROJA'NA ILLALLAH...

kabare...

wes wolong bulan aku kerjo nang kedah... wes wolong kali aku roso gajian...wes roso opo seng arek... wes tunangan... wes ndue kereto ...wes gawe omah nang kampung.... wes arek rabi... wes kabehan.

opo seng dikarep wes bodo entok. tapi hati ne esek orak puas. pasalle wess kelalen...
kelalen karo niat seng bener aku merene...

aku perasan roso iki...
tapi orak enek kekuatan, wes orak koyo biyen...
susah arek nangis...
susah arek syukur

ya ALLAH... kok koyo ngene rosone
aku jalok ngapuro...
aku jalok ngapuro

Wednesday, January 5, 2011

sudah 5 hari di tahun baru

kembali melayangkan jari jemari... aku biarkan jari jariku menari nari. mengikut rima jiwaku yang sedang tenang berdendang. oh sgt rindu dengan gelanggang ini, sangat - sangat merindu. tiada topik khusus sebenarnya yang ingin aku komentarkan.... cumanya soal semasa yang bagaikan menggila sekarang ini.apa soalnya?... soalnya masih banyak soalan yang dipersoal oleh orang yg banyak soal. soal harga barang runcit yang merumit, soal mazhab agama yang perasan betul tiba - tiba muncul. soal seks bebas tak kisahlah yang bertudung, tak bertudung, berbaju kurung atau tidak, budak ulu kampung atau budak bandar, sekarang menjadi jadi sampai video - video mereka dah jadi laman sosial untuk komuniti yang minat 3gp. soal apa lagi... nak sembang pasal politik...ah tak payahlah, badut badut tu memang suka menghiburkan rakyat yang memang "celik" minda macam kita ni. tak kisahlah sebelah kanan ke sebelah kiri, semuanya sama je. pidato dan ucapan meletup - letup. berapi - api kalau tabur janji... mencicit lari bila rakyat tuntut hak tuntut janji.ermmm.... tahun ini mungkin tajuk dan situasinye beza... itulah yang diharapkan. harap pada perubahan...mulanya dari diri aku, diri aku dan diri aku... hal org lain...lantak koranglah. kalau nak berubah, berubahlah. kalau tak nak , berubahlah.kalau tak nak juga, ubahlah. tak rugi pun kan. oh abah....... marilah kita berubah.......(ikut lagu oh ibu).hahahahahaha, nantilah sambung lagi....aku nak berubah ni, t