There was an error in this gadget

Sunday, January 10, 2010

Satu rasa.....


Ada satu rasa yang tiba2 menyelubungi hati saya

Rasa yang sudah lama tiada ...... dan sekarang kembali ada,

Hati jadi lemas bila ia datang menjelma.

Bukan rasa paksa, tapi ia terbit rela.

Rasanya seperti diasak asak

Ibaratnya bagai gendang dipalu palu

Nafas kadang2 jadi sesak

Jiwa meruntun runtun mahu jatuh.

Kutahan tahan dengan iman

Ku hadang hadang dengan jantan

Ku usir usir dengan herdik

Namun ia tetap mahu datang

Dan kali ini mungkin benar rasa itu

Mungkin juga menjadi sejarah ulangan lalu

Aku tak sanggup hadapi sejarah dulu

Kerana kali ini pasti besar parah luas padah

Yang akan aku tanggungngi

Jika sejarah berulang lagi

Gelombang rasa kali ini besar sekali

Aku terhanyut jua,

Dan aku juga mahu kemudi alunan ombak rasa itu

Biar aku ketuanya, dia punca rasanya.

Kita layar sama2

Dalam berkat ilahi

Yang beri izin rasa singgah dalam jiwa…..