Saturday, January 24, 2009

cerita seorang anak

20 hb jan 09,
dua hari lagi menjelang harijadi bapak aku yang tak pernah aku ucapkan kat dia. aku dapat panggilan dr kg. babah masuk hospital. aku jd blur, keliling aku jd mcm gelap gelita. emosi aku berantakan sedih, marah, kecewa dan lain2. memang aku tahu babah ada penyakit, kencing manis dengan darah tinggi. bukan aku je yang tahu. tapi dia sendiri pun tahu. dia tak pernah tinggalkan ubat, sentiasa makan ikut aturan. tapi semenjak 2 tahun lepas kesihatan dia makin susut.selalu demam, cepat letih. tapi dalam demam2 dia pun, babah gagahkan pergi kerja, naik moto cabuk suzuki cup warna biru yang enkol nye diikat dgn getah. hujan ke panas ke dia redah. masa aku kecik2 dulu, dia la hero aku, pendekar gagah yang hebat berpencak, bayak la kebun orang yang dikerjakannya. tapi hal tu makin lama makin kurang, orang2 kg dah tak upahkan kat dia.sebab dia dah tak larat.dan begitulah kisahnya bila aku dpat tahu babah masuk hospital.dia dah tak larat. demam dah berhari - hari. adik aku bagitau lagi babah dah cakap melalut2. aku dah tak boleh tahan. aku jd down, anak sulong yg mcm looser. aku takde lesen kete, macammana aku nak bwk babah g hospital naik kereta. dan lagi satu. aku takde kereta, memang tak pernah ada kereta. baru cadang2 nak ambik lesen dgn kereta sekali. tapi aku baru kerja. dalam dompet aku kasa tu ada 3 ringgit je. itu macam duit minyak kereta pun tak lepas.adoi, memang aku rasa macam ank yg tak guna. aku ambik keputusan kerja separuh hari. sepanjang perjalanan aku memang tak boleh tahan sebak. aku menangis , pedulik la apa orang cakap, apelah mat rempit tu nangis atas moto... konfem kalah race takpun kene tinggal ngan bosia. tapi aku rasa itu teka2 aku je. aku memang dah teringat kat babah. dari seorang yg sendo, tapi harini dia timbang sebab penyakitnya. patutla dalam dua hari sbelum berita ni, aku jd lain macam bila tengok album gambar babah tengah dukung aku masa umur aku sebulan. aku terus blk kg. dlm keadaaan mengantuk aku redah je, lepak asar kejap di jeram, tidur dalam setengah jam lepastu teruskan perjalanan. maghrib aku sampai kat hospital sabak bernam.makcik aku call, babah nak kene transfer ke klang. aku terus cari mak aku, ambulans dah sedia nak bwk babah, pakcik aku papah babah, aku tengok babah, babah jd mcm orang bingung. dia melalut2. ya Allah apa dah jadi ni? aku terus masuk van dgn mak aku. aku selimutkan babah. dia tanya aku. aku tak faham.akutak faham bahasa yang dia cakap. mak cuba kenalkan aku kat babah. babah tak kenal. dia cakap hal yangt aku dgn mak aku tak. babah dah tak kenal aku. aku dah tak boleh tahan.tanya knp boleh jd macam ni. mak tak boleh nak jawab.babah dah kenal aku. aku kontek kwn2, mintak sokongan. aku jd blur kali kedua. ya Rabbi. badan babah panas. aku bg dia minum, bah minum.tapi dia tak kenal. kesian babah...

aku sampai kat klang ngan van ambulan jam 9.30 lebih kurang terus pergi scan otak babah. hah... scan otak . takkan babah dah jd tak betul. aku dah x boleh tahan.dengan keadaan menunggu yang agak lama, kami pun pergi scan. babah jd bdk kecil masa tu. pergi tandas, tapi tak tahu nak bukak zip, aku jd kesian sgt masa tu.babah...
babah selamat di scan, keputusan, selamat. aku jd selamat kali pertama, smgt naik tahap pertama. lepastu pergi xray. resultye. ada something dekat dalam badan babah. smgt pertama aku terus jatuh. benda apa pulak aku tertanya - tanya.tp belum konfem apa benda tu. ulak dah kata ada lepas tu belum konfem pulak. aku terus soun budak yg x ray tu. rasa nak lempang je muka dia.

babah masuk wad 8 b.malamtu aku jaga dia.badan dia panas sgt. aku tuam badan ngan kepala dia. aku nak ajak dia sembang, tapi tetap melalut, ckp benda yang tak faham. aku tanya dalam bahasa jawa, dia jawab bahasa melayu. aku memang pelik... sangat pelik. aku rasa macam bukan babah. babah terus tidur aku selimutkan dia sekali lagi.aku tengok muka babah, kesian babah. dia sakit, aku kurang ambik peduli.aku memang rasa macam anak tak guna. babah kene cek dengan nurse ngan doktor, nurse nya agak kurang ajar , suara tinggi ngan kasar kat babah, babah lum boleh faham arahan. dia bentak2 babah. aku jd bengan kali kedua, ni ada pekerja hospital yg kene lempang gak ni. td kat x ray kurang ajar, yg jd nurse pun kurang ajar.tapi mak aku tenangkan aku. lepas kene cek babah tdur. aku usha2 tpt tdur, wak yang sakit sebelah pesan kat aku suruh tuam satu badan babah. aku tuam sampai aku ngantuk.

babah tidur, aku selang 2 jam tdur aku bangun tuam dia. sampai subuh.


21 jan 09
pagi2 subuh, dia nak ke tandas, dia cari aku. aku terkejut babah dah sedar. "nanang endi? nana ng endi?". babah cari aku. dia sebut nama aku. itu nama aku, nama aku masa aku kecik2 dulu. babah dah ok. aku tanya dia apa dia rasa.dia lemah lagi , aku papah. lepas tu babah lapar, tp tak selera mkn, aku buat milo, babah minum. mcm orng yang sgt dahaga. aku sayu tgk dia.

tengah hari mak datang dgn makcik aku. dtg nak gantikan aku. aku tgalkan babah ngan mak sekejap.walaupun hati aku berat nak tinggalkan. sebab aku kurang masa bersama dgn dia. tapi mak aku suruh rehat dan setlekan hal aku. aku blk puncak, ptgnye ada majlis doa kesyukuran team rumah kecilku ada kelambu. aku kene lead majlis ringkas tu. walaupun ahli2 krew yang datang semua. tapi sgt terima kasih kat semua. dkt line up2 yg set up majlis hr tu. lg pun lps majlis tu, ada premier short film project . termasuk filem aku sekali. doa kami petang tu. semoga majlis primiere yg akan berlangsung, sentiasa terkawal.

tibalah waktu tayangan filem pendek team aku.kami kena giliran yang pertama. aku jd berdebar. aku cakap kat azmir, aku berdebar, dia suruh rilek, aku cuba rilek tapi stilll berdebar. lepas ni kene jawab mcm2 soalan. bilik jd gelap. muzik latar citer aku pun kuar. tinggal tunggu play je. lepas tu cter play. yang tengah play tu adalah cerita"BABAH", lepas tu citer habis. org tepuk tangan. dewan jd terang balik. en norman suruh pg depan. aku, azmir, uda , ridset dan g jan ke depan. 5 orang di depan, berhadapan dengan dengan ramai orang yang "pandai- pandai",baru nak pandai dan tak pandai pun ada. yang tak pandai dan pintar adalah kami berlima. masing2 sengih2 bingai kat depan. kejap duduk, kejap bangun.

orang tanya. aku jawab. gjan jawab,ridset jawab,azmir jawab,uda pun jawab.
orang tak tanya, kami tak jawab.

orang tanye cerita tu
kenapa dalam bahasa jawa?
apa logiknya guna long take?
kenapa selipar cabut tak tunjuk?
kenapa hujan tak tunjuk?

kami jawab dan aku jawab jawapan paling "low class" soalan2 tu. itu cerita "BABAH" la, kalau korang nak tahu, cerita aku tu adalah tentang "BABAH" aku.

# terima kasih TUHAN, terima kasih babah ngan mak, terima kasih pensyarah2, terima kasih en hassan, terima kasih sahabat2, terima kasih rakan2,terima kasih semua.doktor, nurse, pemandu ambulan, pak guard. mamat yang teguh menjaga bapaknya kat hospital, makcik 2 yang cool jaga suaminya kat hospital, anak 2 yang sanggup jaga mak bapaknya kat hospital, apek tua yang sempat menasihati aku kat hospital.

7 comments:

Ajami Hashim said...

semoga babah kembali sihat wal'afiat ;-)

p/s: en.hassan jer ker? hahaha..

Anonymous said...

babah cepat sembuh ya...

thedreamer said...

): terharu

psstt kat babah : get well soon.

saya suka filem kamu. touching.

Fasyali Fadzly said...

aku doakan hidup kau dan keluarga akan sentiasa bertambah baik.

dol, kau mampu berkongsi rasa walau bukan dengan kata. kalau diizinkan tuhan, aku mahu tulis karya tentang ini. boleh?

renung dan tenung said...

terima kasih ajami,hahaha aku terima kasih kat dia sebab dia bg gred malam tu hahaha

thank's jaja.jaga babah jaja elok2 ya

to fazleena.doakan babah saya ya.dia ada kat wad seminggu lg.terima kasih suka filem saya, bukan filem saya.filem team saya.


teruskan fasyali.aku takkan halang.aku tambah sokong... dengan hati terbuka

Anonymous said...

satu rasa ....

hampir ....

semoga kau sekeluarga terus menjalani kehidupan dengan gembira

mapieceofart said...

filem wak buat sy nak nangis malam tu... betul² mendalam... mencengkam... sy merasainya...

sy doakan babah cepat sihat... insya Allah... bak kata apek tu, 'SABAR...'

~0^_^0~