Monday, January 26, 2009

cerita si apek tua


"halo anak, u datang sini jaga siapa" tanya si apek yang sedang siap2 mengemas katil hospital. sambil merapatkan kedua - dua belah kaki yang dibengkokkan ke arah dadanya. aku menjawab "jaga bapak"."ooo yaka. erm bapak u apa mcm?, ada ok?". dia saja tanya aku soalan yang memang dia sendiri tahu. bukan jauh pun katil bapak aku dgn dia, sebelah je. tapi masa aku sembang bapak aku memang tgh nyenyak tidur."di ok, uncle". "u bikin apa sikalang? kelija ke belaja". "balu kelija" haha aku menjawab ikut stail dia.aku ingatkan lepasni mesti dia tanya gaji aku besar ke tak?, aku kerja syarikat ternama ke? tak pun konfem dia tanya baik u tukar kerja, cari kerja gaji banyak ,nanti u cepat jd kaya. tapi jangkaan aku meleset sama sekali. "u kelija elok - elok" "jangan banyak songeh, jangan terlampau memilih". " u mula dari bawah, dapat belaja banyak benda" "SABAR". itulah antara dialog2 awal si apek tu. mula - mula aku mcm buat tak dengar tapi bila part dia cakap "u ,mula dari bawah, belaja n SABAR". aku memang terus tertarik dgn terfikir, betul jugak cakap dia. dia teruskan sesi sembang dengan bagi banyak contoh.

seperti kebiasaan seorang bapak, mesti di bangga dengan anak yang berjaya material ataupun akhlak, tak pun kesopanan dan kesusilaan anaknya dekat orang yang patut dia cerita, bukan dekat semua orang. kalau dah selalu cerita kat orang, tu tandanya bukan bangga tapi riak merangkap bangang. tapi apek ini bukan mcm tu. dia cuma bg aku contoh yg dekat dengan dia. iaitu anak dia. takkan dia nak bg contoh pasal kejayaan barack obama yg dpt jd presiden, tak pun kejayaan chua soi lek yg masih dapat jd menteri. dia bg contoh ttg anak dia. "anak saya dulu kelija kuli, in hotel" "cuci sayur, daging,ikan n mcm2 lg" "tp dia tak kisah, janji kelija,". "u tau ka, masa dia kelija itu macm, dia already ada master degree". aku jd wow.... p.o.v apek ni memang lain macam. dan dia berulang - ulang kali cakap "SABAR". dah macam aku dengar ceramah ustaz yg ajar ilmu tasauf pulak. tapi yg aku pasti dia memang sabar orangnya. dan dia sgt menyesal sebab tak bg anak dia belajar medic, sebab dia ckp mahal masa tu. takde duit. "tapi sekarang oklah, at least dia jd somebody". memang apek ni bertuah dapat anak mcm tu. bertuah sangat2. walaupun macamtu dia taklah membangga2 sampai tak tentu arah pasal anak dia. kalau dia ckp mcm tu pun aku peduli apa, dah dia rasa anak dia best, lgpun bkn dia tahu pun istilah riak itu berdosa kan. hahaha.

"bila u sabar, wa gelenti u boleh jd berjaya", ha tengok ape motto kejayaan dia. ayat tulah yg selalu dia ulang. bukan mcm motto si azmir yg terkini"poyo teras kejayaan". kalau apek tu dgr, mesti dia ceramah kat ko mir.hahahaha. mgkin dia akan cakap"en. azmir, u hidup jangan poyo, tapi banyak sabar ma. wa pasti u boleh berjaya". masa tu dia dah mula duduk kat kerusi tepi katil sebab dia dah tegangkan katil. aku tanya dia"uncle, siapa pick up u". "saya punya son, dia kelija k.l" banyak jauh mau dtg sini, ini mcm 2 jam baru boleh sampai". "boleh pinjam u punya phone?". aku bg handset aku kat dia. lepastu dia "con ceng2" dalam bahasa cina. aku tak fhm. mungkin dia suruh anak dia datang ambik. dia pulangkan telefon dan pesan"terima kasih, tapi aaa... u mesti SABAR ok untuk start new life" " don't rushing2". aku angguk je. "mula2 jangan kisah sama gaji sikit or banyak" "kasi belaja dulu, and then u boleh demand".

aku iakan je apa yang dia cakap. dia setia duduk kat kerusi tepi katil tu lagi. tak bangun kemana - mana. sambil baca paper NST dengan makan bubur nasi hospital yang aku tengok macam lazat je. aku nak bg dia lauk ayam bapak aku yang tak tersentuh. "takpe, wa cukup, ayam wa pun belum tentu habis". lepas makan aku perhatikan dia lagi dan tanya, "mana u punya anak?". "sikit jam dia mari, maybe sikalang dia sangkut jam". lebih kurang setengah jam lepastu, aku kena balik kg sekejap, pergi ambik moto. aku nak keluar dari hospital. aku perhatikan apek tu tertidur kat kerusi tempat dia sembang tadi, sambil tunggu anaknya. katil berkedut balik sebab kepala dia dekat atas katil. memang aku rasa apek ni memang betul - betul "SABAR".


p/s: happy chinese new year uncle...............

6 comments:

Anonymous said...

hehe selamat2=)
wak bila ni dapat borak2 dengan wak ni....

Nona Cici said...

sila ke blog saye ye wakdol..

dan bantu saye sebarkan

thanks!!

Vitamin said...

sejak jadi director ni, pandai ko bikin plot cerita kan. menarik plak bila aku baca ko punye blog..

renung dan tenung said...

jaja: nanti kita set up utk dating k.heheh

saya selalu.ke blog kamu cici


syali: ini cerita betul tau.. apek yg aku cter unik bro.hahaha

maPieCeoFarT said...

menariknya... kagum seketika dgn bangsa asing... sbb tu mereka berjaya...

tahniah untuk omah cucuku enek kelambu... terbaik ah...!

sampahkan gred C itu... piece yang wak hasilkan sgt jujur dan cantik... keep up!

Anonymous said...

lepas ni trademark wak dol..
"sabar"

peace!