Monday, January 19, 2009

memang betul2 kerja TUHAN

2 hari lepas ada berita tak best dari assistant director aku, en uda. ada laporan mengenai file short aku hlang dari simpanan sang cakera keras di bilik editing. master of editor epul dah cuba mencari, tapi tak jumpa gak. macam ada konspirasi menghapuskan artifak karya yang sangat terancang. yang peliknya file awan mendung sentuhan en norm dan azri juga hilang. tak ke macam gampang!. . selamat team jaja buat back up da la jugak safety.

aku jd emo, kimak betul manusia sial yg buat kerja2 sabotaj. aku tak kira aku nak salahkan dia gak.hahaha.

itu tahap emo aku yang pertama.
tapi bila aku fikir balik, nak emo apahal, tu kan takdir?
amacam boleh terima tak alasan tu. tu je alasan yg dapat redakan aku punya marah. dan pemarah pemarah yang lain.bak kata pepatah aku sendiri, kalau dah takde rezki benda dalam mulut pun boleh terlepas. sayang dalam hati pun boleh terkeluar, jd tawar. banglo besar pun boleh runtuh, tak pun terbakar, betul tak? isteri yang setia pun boleh curang.... ha yang ni aku tak setuju, ni dah kes berat.hahaha

tapi,hari ni aku dah rilek sikit, tak emo lg dah, tp kekadang tu teringat gak, mcm putus cinta pulak...
mana tak teringat, short tu aku dah touch up, dah buat elok2, tapi dah takde rezki kan. selamat ada kengkawan yg supportif, uda,epul,azmir, line up yg membantu buat balik cter aku tu, tak dilupa en norman , tq banyak sebab selalu belanja makan.... opps bocor rahsia plak. dia tolong buat subtittle english da. huhu. dan aku sedar kerja TUHAN memang sempurna, dan MAHA sempurna. kejadian aku ada hikmah, kejadian team AWAN MENDUNG pun ada hikmah. sabar kalian.aku pun salah sorang dr korang. kejadian konspirasi, kalau aku boleh konspirasi la kan, tu pun satu hikmah. hikmah ok, bukan halimah... haha.


*jgn cepat melatah nanti takut lelah
jangan cepat gundah kelak akan rebah


- aku menunggu kedatangan art director aku dr kg nya, en ridset, td dia call aku dia jd datang,hoooray. dia ni hero yang tak terkalah
- aku menunggu gak primiere tayangan short aku "OMAH CILIKKU ENEK KELAMBU" 21 hb ni, tak ketinggalan short si jaja "SINKRONIS". dan dgr kata short AWAN MENDUNG kembali akan ditayang. tgk.... tuhan kan MAHA ADIL.

7 comments:

amscreamo said...

tu la pasal.macam ada konspirsarsi nak membunuh keindahan shortfilm² yang dihasilkan.takpe.malaikat di kiri dan kanan di atas bahu menjadi saksi perbuatan mereka.

semut kecil said...

macam ada berbau kekecewaan dalam entri ko ni... bukan setakat kecewa tentang kejadian bilik editing tu tapi macam ada kekecewaan lain.... dan aku tahu, tentu kekecewaan tentang wanita kan.... betul tak??? hahahaha...

wak dol cuba berlagak cool, seolah dia kalis kecewa... tapi gelora di hatinya, hanya dia dan Tuhan yang tahu... aku pun tahu la sikit2.... hahahah.... =p

p/s: cuba tiru macam amscreamo ni, rileks je dia.... hahahaha

Vitamin said...

relex wak dol.. ada la tu hikmahnya. kalau ko tak nak rasa rugi pape, lepas ni jom buat teater. takde fikir pasal editing pun. hehehe... relex2 gurau je.

Ajami Hashim said...

Salaam wakdol,
aku harap sangat kau akan berjaya betul-betul sebagai pembikin filem.. dan aku akan tunggu dan lihat suatu hari nanti kau bikin filem semacam Budak Kelantan misalnya.. selamat maju jaya bro! ;-)

renung dan tenung said...

arm: kata2 ko sedarkan aku yg kita ni sentiasa ada yg perhati


mir:kecewa gadis eh, mungkin untuk aku mudah je lupa sebab lum banyak melabur.wakakaka

syali:memang aku nak sgt belajar bt teater, lepas ni leh la aku jd assist ko.haha


bang ajami: kulaan...... haha terima kasih sebab bg respon mlm tayangn tu, sy cam budak dungu kan.haha. bang lepas kite try buat cter kulaan jom.ada beran?

Ajami Hashim said...

wakdol,

kau asal jawa bagan datoh/hutan melintang tk.intan ker bro?

eh! serius bro! kulaan pang!

akuk memang handak bangat me-ulah ceritak urang banjar (dgn sarikata: aku memang hendak sangat bikin filem orang banjar! hahaha!)

p/s: aku sebenarnya sedih betul pasal selipar tu sebab flesbek dolu2 aku pun pernah jahit dgn tali rafia guna jarum utk jahit guni padi!.. sebabtu aku saja nak sembelih2 kau masa Q&A.. hahaha!

renung dan tenung said...

ajami, akumemang asal sana. kg sg samak, bro asal mana sg manik pe.

paman2 aku ramai banjar, kira dah mix la ngan jawa.hakahakhak

aku x kisah bro sembelih aku, aku memang suka kena sembelih.wakakaka

aku pernah jatuh cinta kat gadis banjar, ayuh kulaan kita ulah ceritak banjarnya.