Monday, March 21, 2011

baca, membaca, bacalah, ada baca, suka membaca, tak nak baca, jangan baca, suruh baca.

tulisan yang dibina ini adalah dengan tujuan dibaca. tulisan yang dibaca dengan niat membaca adalah satu proses pembacaan. membaca pembacaan tulisan dan penulisan merupakan gerakan niat asal dari perkataan BACA.

PERMULAAN YANG RUMIT TENTANG baca. BACA PERLU ADA FIKIR, MAHU DAN PANDAI BACA. KENAL HURUF, SIFAT HURUF, BUNYI HURUF DAN PERKATAAN ADALAH FORMULA UNTUK MEMBACA. ORANG BUTA HURUF BUKAN TAK MAHU BACA, TAPI TAK MAMPU MEMBACA. ORANG TAK MAHU MEMBACA, BUKAN ORANG BUTA HURUF TAPI ORANG YANG MAMPU MEBACA DAN TAK MAHU BACA.

PERTENGAHAN YG SEMAKIN RUMIT JIKA MAHU TERUS MEMBACA.
TEKNIK MEMBACA PULA BANYAKLAH SANGAT KATEGORI SERTA GAYANYA.
TEKNIK 1 = MEMBACA DARI kiri ke kanan DISUSULI KEBAWAH.

*gaya pembacaan kontemporari, hasil pendidikan sekular. pembacanya terdiri dari golongan yg menerima pendidikan ala barat. tak kiralah orang itu tersangatlah timur geografi alam hidupnya. sebagai contoh segala yang saya taip ini adalah susunan huruf hasil jejak jajah kolonial bangsa putih yang pernah hinggap di tanah timur kita. bolehkah saya kata, saya mangsa bangsa putih itu, mungkin boleh dan mana boleh tidak. jika saya memilih utk menulis cara seperti yang saya akan tulis di bawah nanti, saya masih boleh memilih. mungkin nampak asing tapi tidaklah sangat asing. bagi mudah DIBACA. saya teruskan menulis ala ini. mudah untuk saya juga...


TEKNIK 2 = MEMBACA DARI KANAN KE KIRI DAN DISUSULI KEBAWAH JUGA.

#GAYA BACAAN PARA QARI DAN QARIAH. ORANG2 LAMA JUGA SGT SUKA MEMBACA TEKNIK INI, lebih nusantara istilahnya. ia sebenarnya huruf asing dari benua arab. berasimilasi dengan corak tempatan kita, sangat harmoni sifatnya. kerana datangnya huruf2 itu dengan sifat kedamaian langsung tidak berniat jajah perintah. sekarang ini bukan lagi majoriti bilangan pembacanya. pada kita, mungkin gaya ini adalah jamuan mata paling awal yang terpaksa kita hadap pada tahap menjelang umur mumayyiz kita. alif ba ta...dan seterusnya. alif di atas aaa, ba di atas baa ta di atas taa... dan seterusnya juga. hinggalah ke tahap tajwid yang kompleks seperti tamwin, mad, iqlab dan sebagainya.
gaya bacaan ini, rasminya pada anak2 muda macam kita, ramai yang akan gagap dan termakan - makan huruf itu, hingga pada tahap yang sangat kritikal. tidak ada bunyi huruf langsung yang terkeluar, hanya bunyi angin yang kosong makna terpacul pada kita. jika berbunyi pun belum tentu betul sifat dan maknanya. oh kasihan kita, marilah rajin2 membaca gaya ini.

ada gaya yang lain. tapi saya tidak pakar langsung.

1 comment:

Ainul Hayat said...

anda di tagged
http://ainulhayat309.blogspot.com/2011/03/saya-jawab-soalan-tag-dari-cik-puan.html