Thursday, March 10, 2011

TUBNA ILALLAH

ucapan rasa rendah hati tanda menyesali dosa yang berganda. perlakuan dosa yang disedari dan juga dosa yang tak disedari amatlaj jauh jurang bezanya. yang mana lebih waras dan boleh diterima akal. yang mana patut dulu dimaafkan. dosa yang disedari, pelaku dosa itu sedar tentang dosa yang dilakukannya adalah dosa, manakala dosa yang tidak disedari terjadi apabila si pendosa tidak SEDAR TENTANG DOSA nya. kedua - duanya adalah dosa bukan. dosa yang perlukan pada pengampunan. lain pula dengan sedar akan diri berdosa dan tidak sedar akan diri berdosa. kedua - duanya juga berbeza. ambil contoh si polan sedar melakukan dosa dan dia sedar dirinya telah melakukan dosa dan dia mengharapkan pengampunan dari dosa, seterusnya dia berusaha menghentikan dosa dan berazam tidak mengulanginya. jawapannya = taubat dan insaf. contoh seterusnya si polan tidar sedar diri melakukan dosa dan berdosa, dan berterusan tidak sedarkan tentang situasinya, jawapannya = tidak insaf dan tidak akan terus insaf. di dalam kedua - dua situasi ini menyerlahkan sifat manusia yang berpakej. kemalaikatan dan kesyaitanan. insan melalui fasa sedar sifat kesyaitanan dan beralih untuk menuju sifat kemalaikatan. manusia pula kedua sifat ini saling berganti, setiap saat, minit, jam dan hari malahan seluruh umurnya. terus berperang dengan kedua dua sifat ini hingga hujung ajal manusia. di mana strata diri kita selaku pendosa...
mahu jadi insan yang berdosa atau manusia yang pendosa... pilihan sentiasa memihak pada diri kita. selagi kita layak memilih, selagi itulah peluang terbentang luas depan mata. peluang tertutup dengan tanda tertutupnya mata kita. RAHMAT TUHAN TERBENTANG LUAS, KASIH TUHAN MEMAYUNG TINGGI. TUBNA ILLALLAH, WA ROJA'NA ILLALLAH...

No comments: