Monday, March 16, 2009

otak tepu ku kembali tercair

salam semua, sebagai pembuka secara peribadi aku ingin merakamkan ucapan syabas kepada azmir serta konco -konconya kerana menguruskan kedatangan sutradara indonesia Riri Riza. berkat izin dari Nya saudara Riri sampai ke kuala lumpur dan diharapkan juga beliau selamat sampai ke Jakarta kembali membawa kenangan bertemu. aku hanya hadir pada hari pertama sesi kedatangannya. terasa rugi yang amat kerana tidak menghadiri sesi kedua. interpretasi ku secara peribadi kepada sutradara ini adalah dia merupakan insan yang ada dua sifat bijaksana. pertama bijaksana alami dan yang kedua bijaksana pelajaran. digabungkan kedua - duanya menjadi riri . bijak alami yang ingin aku utarakan di sini adlah mengenai kekuatan deria rasa yang bersifat tempatan tapi masih relevan isunya pada mata orang2 dunia.mungkin betul atau mungkin tidak. dan yang kedua bijak pelajaran kerana dia memang seorang yang berpelajaran. dan mengaplikasikan pelajarannya dengan murni. walaupun mungkin disisinya juga memikirkan keuntungan peribadi. langsung apa yang aku perolehi pada sesi tersebut dan apa yang terjadi kepadaku secara individunya adalah, pemikiranku kembali lancar. otak ku kembali melapang, walaupun satu ketika akalku disempitkan oleh masalah yang macam besar, tapi fikir - fikir ku kembali kenapa harus ku sempitkan soal masalah, kerana Tuhan menciptakan masalah dengan penyelesaiannya sekali. sama sepertinya diciptakan sakit dan ubat, lelaki dan perempuan dan perkara2 yang lain.

sekarang ini setelah otak ku mencair, idea pun lancar keluar. aku ingin mengembalikan satu sifat deria rasa yang pernah ada, tetapi sejak kebelakangan ini deria itu semakin terhakis. tapi aku langsung tak punya daya. yg ada hanya usaha dan doa. izin Tuhan pada ku itu yang utama. betul bukan. teringat kembali keberuntungan yang ada pada aku, kita, dan mereka yang beruntung. kerana dulu aku sukar sekali mendpatkan keberuntungan. dari memori tersebut insya Allah ada sesuatu yang akan aku nukil dahulu kemudian visualkan. harapanku moga diizinkan.

* jangan risau kepada perkara yang tidak harus dirisaukan, jangan kasihan terhadap sesuatu yang langsung tak patut dikasihankan

beruntunglah kepada mereka yang punya kaki kerana masih ramai teman2 yang kudung, punya kaki tapi hanya mampu dilihat tak terdaya digerak
beruntunglah kalian yang mampu pergi haji, kerna masih ramai yang hanya mampu bercita - cita pergi ke sana hingga hujung ajalnya. dan kasihanilah mereka yang mampu pergi tapi tak bertemu restu ilahi kerana mereka tak peduli.
beruntunglah kalian yang ingat mati, sedia mati bila - bila kerna kalian sudah bersedia, kasihanilah mereka yang langsung tak endah mati bahkan langsung tiada persediaan soalan2 kubur yang sudah sedia bocornya di dunia.

4 comments:

semut kecil said...

mulanya nak gelakkan ko `meludah ke langit,...`

tapi, artikel ko ni menyentuh aku... thanx bro kerana ko tak penah kalah untuk menemukan aku dengan sesuatu yang dipanggil rasional dunia dan hidup... =)

maPieCeoFarT said...

itulah, macam nak marah jugak bila x nampak batang hidung wak hari kedua tu.. haishh...

+ suka dengar wak baca doa... +

~0^_^0~

azri said...

yo, yo, yo! akhirnya wak dol menulis kembali sehingga otaknya cair mencurahkan ide-ide... aku insaf sedikit pabila aku baca entri ni...

Ajami Hashim said...

salaam kulaan ;-)