Wednesday, March 18, 2009

entahlah.....


petang tadi selepas asar , aku duduk sebentar memikirkan sesuatu yang sudah lama aku jarang memikirkannya. untuk lebih berterus terang aku ingin menyatakan mengenai perkara - perkara yang pada fikir fikirku kita selalu ambil mudah.pertama berkenaan adab. hal ini sesiapapun tahu. adab... empat huruf yang membentuk satu perkataan. seterusnya menjelmakan makna yang sesuatu. digunapakai sejak dari dulu. adab berkait rapat sekali dengan akhlak. sebab kenapa seseorang itu beradap adalah kerana indah akhlak pemiliknya. untuk kita penganut agama islam yang murni, role model insan yang sempuna adab dan akhlaknya telah pun langsung kita ketahui kan "rasulullah s.a.w". maaf jika aku tak layak berkhutbah tentang hal ini. ini resepsi peribadi aku yang pada saat itu mahu berfikir.


sambung kembali, di dalam rukun negara misalnya hal ini juga ditekankan pada baris rukun yang mana entah (aku tak ingat). kesopanan dan kesusilaan. dan teramatlah moleknya jika hal ini menjadi budaya kita sang penganut bangsa melayu yang terkenal sungguh sifat adabnya. point pertama ini aku juruskan kepada dua bahagian iaitu adab dengan Tuhan dan juga adab dgn manusia. bagaimana ? bersedia kah kita menjelajah ke alam fikir ini.


adab dengan tuhan


siapa Tuhan kamu?

siapa nabi kamu?

apakah agamamu?

mana kiblat mu?

siapa saudara mu?

siapa imam mu?


* cuba teka ini soalan apa? adakah ini soalan yang di jawab jamal ketika sesi "who wants to be a millionare" di dalam filem slumdog. tapi si jamal pasti jumpa soalan - soalan ini pada hari kemudian setelah dia menghabiskan duit jutawannya (a.k.a mati ). tapi bukan jamal je yang mati dan jumpa soalan2 tu , kita pun akan jumpa soalan tu kan. amacam dah ready nak jawab?

yang pasti kan bukan mulut2 kita yang akan jawab. tapi amalan 2 yang kita usahakan. yakin tak? tak yakin eh.... tanya ustaz . tak pun cubalah mati. hahaha. jangan marah eh.


ok berbalik kepada adab dengan tuhan.

siapa tuhan kita?


ALLAH


selalu tak kita ingat kepada NYA?


ya/tidak


syukur, beradab denganNYA?


selalu/tidak


tanda2 syukur?


patuh perintah (secara maksimum) dan tinggal larangan ALLAH (secara maksimum)

malu pada ALLAH, terasa diri selalu diperhatikan.

redha, sabar dan cek tahap kekurangan diri sendiri.

aktifkan istighfar ketika melatah(untuk mereka yang melatah/ terkejut) jangan sebut @#$ (atau "anu si dia" tak pun "anu sendiri").


senang cerita folow apa yang nabi s.a.w buat.


nak tau, baca hadith2 sahih. kaji sifat asas nabi. bukan nak jadi nabi macam "cikgu kahar" (nabi melayu" tu. tapi ikut cara nabi muhammad S.A.W. segala prinsip Rasullullah dah jelas menunjukkan tahap keberadaban baginda kepada Allah. seperti satu kisah yang yang pernah aku dengar dari ustaz aku mengenai soal "istighfar". mungkin korang pun ada dgr jgk dari ustaz/ustazah korang. nabi beristighfar 70 sehari. ada riwayat lain mengatakan 100 kali sehari. amacam ada berani nak buat tak. lalu hal ini ditanyakan oleh isteri baginda saiditina Aishah r.anha, mengapa perlu baginda berbuat demikian sedangkan baginda maksum. lalu baginda menjawab. adakah salah jika aku lakukan semua itu sebagai tanda seorang hamba. ya tujuan utama istighfar yang diajarkan baginda itu adalah untuk melindungi hati kita dari dosa2 kecil, permulaan kepada punca dosa dosa yang lebih besar. jadi ayuh praktikkan dan istaqomah. hal - hal lain pula contoh bagaimana kita seharusnya mempraktikkan adab. jawab nya jangan biadab terutamanya dalam hal 2 harian. celik mata sampai tutup mata. baca doa2 masnun dalam setiap tindakan . makan,tidur, naik kenderaan, keluar masuk rumah, keluar masuk tandas. keluar masuk masjid. basic utama "bismillah". itu kalau dah tahap malas bak lembu yang malas baca buku. setiap perkara kita utamakan dengan nama Allah. kerana segala sesuatu yang berlaku di atas keizinannya. doa adalah senjata / ibadah, bonusnya adalah pahala dan keberkatan, extra bonus ikut sunnah nabi dan amal sunnah. ha kan beradab tu.


untuk penerangan lebih detail tentang adab pada bab ini aku akan sambung pada entry yang lain


wassalam...


aku bukan ustaz jauh pula alim agama. tapi teringin sangat menjadi seseorang yang selesa beragama dalam putaran 24 jam kehidupan dengan cara yang betul.


aku masih mencuba...


ya Allah bantulah aku.






1 comment:

maPieCeoFarT said...

wak... termanggu sekejap sy berfikir bila baca entri wak ni... banyaknya waktu yang sy seringkali terlalai dan leka... trima kasih mengingatkan, ya wak...
wak dah mmg macam ustaz pun bagi saya... =D

+ suka sgt baca nasihat² wak... dah anggap wak macam ayah sy... boleh kan...? +

~0^_^0~