Thursday, February 5, 2009

bapak aku dah balik...


setelah dua minggu babah lepak kat dalam hospital bertemankan pesakit2 lain. mungkin ada seribu mcm kenangan yg bpak aku dapat. ye lah tgk orang sakit, dan dia pun sakit kan. dan mungkin dia mengalami kepelbagaian layanan dari nurse dan doktor yang amat berkaliber merawat pesakit2. mungkin babah juga dah berkira - kira tentang sisa umur yang ada pada dirinya. melalui peristiwa tersebut hubungan aku sebagai anak dan dia sebagai bapa kembali menemui jalan yang selorong.disebabkan sebelum - sebelum ini aku dan dia bukanlah dikategorikan sehala. malahan pendapat kami amat berbeza. itulah bezanya anak dan bapa. masing2 ada ego dan prioriti sindiri yg mesti didahulukan. seingat aku seawal umur aku 13 aku sdh berpisah dengan keluarga aku utk tinggal di asrama seperti tmn2 lain sekampungku. kerana jarak yang jauh, mereka jarang menjenguk aku, dan sebab lain adalah mereka tiada kenderaan yg boleh membawa seisi keluarga menjenguk aku, dan timbul sedikit perasaan iri hati taktala keluarga2 teman lain dtg melawat membawa pelbagai makanan yg enak2 walaupun aku tahu yang ibu dan bapa aku mahu seperti kawan 2 mereka yg boleh menjenguk anaknya saban minggu. tetapi mereka belum ada daya. aku faham. dan keadaan seperti itu pula yang berlaku kpd aku sekarang ini. babah dikuarantin di hospital. dan aku tidak dapat bersamanya selalu. disebabkan aku kerja. dan babah tahu yang aku mahu menemankan dia sentiasa. tapi aku tak berdaya seperti anak - nak orang lain. dan babah tahu yang aku ingin menghantarnya pulang sekiranya dia keluar. tapi aku masih belum ada lesen kereta. dan babah tahu yang aku berkehendakkan lesen kereta, tapi wang yang aku kumpul belum cukup. dan babah tahu yang aku sudah boleh "berdua" sekarang ini, tapi kerana keluarga aku menghentikan kehendak itu. babah tahu.... sebab dia dulu macam aku.... mungkin itu katanya.

6 comments:

saat omar said...

semoga ayah cepat sembuh...dia di hospitall mana ye?

Fasyali Fadzly said...

hero yang perlu kau angkat dalam puisi kau ialah babah kau. angkat dia setinggi pengorbanan dia pada kau.

Anonymous said...

nampaknye post kau akhir-akhir ini banyak memperlihatkan kau cuba dengan sedaya upayanya untuk bersama babah kau...mungkin dia tidak membaca blog ini..tapi aku yakin, babah mengerti keadaan anaknya ini...

lesen kereta tu boleh dibayar ansur-ansur kan??

renung dan tenung said...

ayah sya dah keluar rabu minggu lepas dari hospital klang. amin... thanks mr saat. en saat igt lagi tak kilang roti ghafur kat lorong masjid

thanks syali.... puaisi utk bapak aku blum lagi ditulis, tapi dah siap dalam hati.hehe

norfa: bg tau tpt lesen kereta yang boleh byr ansuran. aku

saat omar said...

Kilang roti Ghafur? heh tahun bila tu ek? kau duk lorong masjid dari tahun berapa ye? dulu umah saya kat Lorong Hassan...tinggal sana dari awal 80an sampai 1990an...Sekolah rendah saya sekolah di Horley methodist.

mapieceofart said...

alhamdulillah... syukur babah dah cihat... sy tumpang suka... =)

wak... babah sy dah tak ada, betul² pada petang yg sama masa sy komen untuk post wak kisah apek 'SABAR' tu... doakan babah sy ye, wak...

+ sronok dpt lepak skali dgn wak di kndg smlm...berbual tak lama tapi berisi... +

~0^_^0~