Wednesday, February 25, 2009


24 februarui 2009: hari ini presiden republik hati dato' seri sukardol membuat satu pengumuman yang amat mengejutkan seluruh anggota kabinet kerajaan dan anggota badannya sendiri. menurut sumber yang dipercayai presiden sukardol membuat satu keputusan drastik untuk melancarkan "konfrontasi" terhadap satu badan kementerian yang sebelum ini amat rapat dan dipercayai. kementerian yang dimaksudkan adalah kementerian sumber maklumat peribadi atau dalam singkatannya(kem.blog). beliau sekarang ini dikatakan sudah menyampah dan bosan dengan kementerian tersebut yang sering kali ingin nampak "cool" apabila membuat post blog yang baru. sukardol turut menyatakan bahawa negara yang ditadbirnya sekarang republik hati, sudah seperti tidak memerlukan sebuah kementerian yang sebegitu. mulai sekarang negaranya akan melalui rombakan ahli kabinet dan juga perlembagaan. sumber terapat presiden turut menyokong pernyataan ini dan memberi bayangan bahawa republik hati yang sebelum ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi akan ditukar kepada sistem "pemerintahan beraja yang tak terkalah dan kuat dari semua segi tapi amat baik dengan rakyat dan patuh kepada agama" singkatannya "khilafah"... ha kan senang. ini disebabkan sistem terdahulu yang pernah menjadi dasar utama negara republik hati dilihat tidak efisien dan banyak mengundang anasir jahat seperti syaitan. terutamanya melalui kementerian sumber yang diboikotnya. tindakan konfrontasi yang dilancarkan ini juga mendapat sambutan hangat yang tidak terkata oleh seluruh warga republik hati. sehingga di jalan - jalan negara itu seluruh rakyat melaungkan slogan "ganyang kem.blog, hidup sukardol". berikut rakaman ucapan presiden sukardol (baca ikut intonasi sendiri)



" salam, apa khabar rakyat republik hati, sudah lama saya tidak berucap secara langsung mahupun dirakam, sebab selama ini saya lebih suka lihat orang lain bercakap dan saya suka lihat orang bercakap dengan orang lain. ehem.... ehem (membetulkan suaranya).

ucapan saya ini adalah amat istimewa, kerana ianya berlangsung pada hari biasa, dan bukan seperti ucapan menteri - menteri lain yang selalunya akan berucap pada hari merdeka, hari raya, deepavali, gong xi fa chai, krismas, maal hijrah, tahun baru, darurat, menang pilihanraya dan banyak lagi kot. pada hari ini saya melancarkan "konfrontasi " terhadap satu kementerian yang sedia ada (kem.blog). kerana saya berpendapat fungsi kementerian tersebut sekarang patut diberhentikan. sebab kenapa ianya diberhentikan adalah kerana, saya mulai risau tentang keselamatan dalam negeri republik ini. seterusnya saya tidak mampu untuk membuat akta keselamatan dalam negeri. selain itu saya tidak mahu digelar "diktator lembut" yang membunuh dalam senyap. untuk menangani masalah ini saya telah membuat keputusan ini dengan bijak sekali. setelah dimansuhkan kementerian tersebut saya secara rasmi menukar konsep pemerintahan negara republik hati ini kepada konsep khilafah. sekian selamat saya berucap lagi lain kali."



begitulah rakaman ucapan presiden kesayangan kita dato' seri sukardol dan dengan itu sekian warta global republik hati untk kali ini.



..... lagu latar berita habis ....

3 comments:

Kristal Media Group said...

akan aku gulingkan pemerintahan presiden ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ratnakesuma said...

sweet jer...

huhuhuhuhu....

Zura Firdaus B. Japri said...

HIDUP = untuk mengganyam yang buruk
GANYAM = untuk manusia teruk