Thursday, August 19, 2010

“Sahabat saya baru kecewa”

Salam sahabat
Baru ku dengar cerita kecewa,
Cerita biasa orang dewasa…
Namun padamu ianya luarbiasa,
Kerana kau yang merasa.

Soal cinta pada mu mungkin sukar,
Kerana mungkin ini cinta yang besar.
Pesan ku jangan lekas kau tersasar.
Tumpulah pada azam mu yang benar.

Sahabat.
Tuhan mengasihi
Kepada hambanya yang dikasihi.
Pandulah kasih pada kekasih Mu itu.
Tanyakan siapa sebenarnya kekasihmu.

Dan lekas akui jawapan takdir dari NYA.
Jika ianya sakit,
Bukan untuk berpanjangan.
Kalau ianya menghantui.
Lekas – lekas pagarkan.
Jika termimpi – mimpi.
Cepat – cepat kau jaga ya.
Kalau bayangnya mengekori.
Laju – laju kau lari.
Jika ianya terusan menyerang.
Herdiklah dia dengan lantang.

Hanya kau yang merasa
Aku tak mampu berbuat apa – apa.
Usap dan pujuklah hatimu,
Biar segera pulih.

Tinggalkan saja bayangnya.
Kau adalah insan mulia.
Semoga berbahagia....



31/7/2010 (hampir maghrib waktunya)

Bandar putri jaya
Sg petani, kedah

2 comments:

Fasyali Fadzly said...

sedapnya wak dol...

renung dan tenung said...

khas untuk sahabat saya...termasuk ko...hahahaha