Monday, March 21, 2011

baca, membaca, bacalah, ada baca, suka membaca, tak nak baca, jangan baca, suruh baca.

tulisan yang dibina ini adalah dengan tujuan dibaca. tulisan yang dibaca dengan niat membaca adalah satu proses pembacaan. membaca pembacaan tulisan dan penulisan merupakan gerakan niat asal dari perkataan BACA.

PERMULAAN YANG RUMIT TENTANG baca. BACA PERLU ADA FIKIR, MAHU DAN PANDAI BACA. KENAL HURUF, SIFAT HURUF, BUNYI HURUF DAN PERKATAAN ADALAH FORMULA UNTUK MEMBACA. ORANG BUTA HURUF BUKAN TAK MAHU BACA, TAPI TAK MAMPU MEMBACA. ORANG TAK MAHU MEMBACA, BUKAN ORANG BUTA HURUF TAPI ORANG YANG MAMPU MEBACA DAN TAK MAHU BACA.

PERTENGAHAN YG SEMAKIN RUMIT JIKA MAHU TERUS MEMBACA.
TEKNIK MEMBACA PULA BANYAKLAH SANGAT KATEGORI SERTA GAYANYA.
TEKNIK 1 = MEMBACA DARI kiri ke kanan DISUSULI KEBAWAH.

*gaya pembacaan kontemporari, hasil pendidikan sekular. pembacanya terdiri dari golongan yg menerima pendidikan ala barat. tak kiralah orang itu tersangatlah timur geografi alam hidupnya. sebagai contoh segala yang saya taip ini adalah susunan huruf hasil jejak jajah kolonial bangsa putih yang pernah hinggap di tanah timur kita. bolehkah saya kata, saya mangsa bangsa putih itu, mungkin boleh dan mana boleh tidak. jika saya memilih utk menulis cara seperti yang saya akan tulis di bawah nanti, saya masih boleh memilih. mungkin nampak asing tapi tidaklah sangat asing. bagi mudah DIBACA. saya teruskan menulis ala ini. mudah untuk saya juga...


TEKNIK 2 = MEMBACA DARI KANAN KE KIRI DAN DISUSULI KEBAWAH JUGA.

#GAYA BACAAN PARA QARI DAN QARIAH. ORANG2 LAMA JUGA SGT SUKA MEMBACA TEKNIK INI, lebih nusantara istilahnya. ia sebenarnya huruf asing dari benua arab. berasimilasi dengan corak tempatan kita, sangat harmoni sifatnya. kerana datangnya huruf2 itu dengan sifat kedamaian langsung tidak berniat jajah perintah. sekarang ini bukan lagi majoriti bilangan pembacanya. pada kita, mungkin gaya ini adalah jamuan mata paling awal yang terpaksa kita hadap pada tahap menjelang umur mumayyiz kita. alif ba ta...dan seterusnya. alif di atas aaa, ba di atas baa ta di atas taa... dan seterusnya juga. hinggalah ke tahap tajwid yang kompleks seperti tamwin, mad, iqlab dan sebagainya.
gaya bacaan ini, rasminya pada anak2 muda macam kita, ramai yang akan gagap dan termakan - makan huruf itu, hingga pada tahap yang sangat kritikal. tidak ada bunyi huruf langsung yang terkeluar, hanya bunyi angin yang kosong makna terpacul pada kita. jika berbunyi pun belum tentu betul sifat dan maknanya. oh kasihan kita, marilah rajin2 membaca gaya ini.

ada gaya yang lain. tapi saya tidak pakar langsung.

Thursday, March 17, 2011

BINATANG !!!!!!




NI GAMBOR KUCIN AKU DAN KAWAN KAWAN SERUMAH AKU .... NAMA DIA SONATA...NAMA KOREA KAN...KAMI JUMPA DI D'SONATA TOMYAM. BERSEMPENA NAMA KEDAI TU... SGT COMEL NAMA DAN SIFAT KUCIN NI.

MGGU LEPAS, AKU BALIK KE KAMPUNG... KEMUDIAN AKU BALIK SINI (SG PETANI. AKU NAMPAK SONATA LANDING KAT ATEH TIKOR BILIK AKU. KEADAAN DIA NAMPAK SETABIL JE. SEKALI DIA NAK DEKAT KAT AKU TERHINCUT - HINCUT KAKI DIA... SEMERBAK BAU MINYAK GAMAT MENUSUK HIDUNG KU. OH.... MAT ROCK SAPU KAT KAKI DIA KOT. MEMANG BETUL, KAKI DIA DISAPU MINYAK GAMAT LANGKAWI...HAHAHA. ESOKNYE AKU PERGI KERJA. MAT ROCK TELEPON AKU NAK BWK KE VETERINER. APEHAL? SI SONATA TU... DIA KATA SONATA DAH LAIN MACAM. DALAM OTAK AKU DAH FIKIR SI SONATA NI NAK MENINGGAL DAH KE. ALAHAI , JANGANLAH MATI DULU. AKU TERUS BALIK RUMAH, PARKING KETE DAN TERUS PEGI TGK SONATA. DIA BERLUMURAN DARAH. OH..... DIA BERANAK RUPENYE. TAPI KESIAN ANAK DIA SEMUA MATI. KELAHIRAN PRA-MATANG. SAPELAH KUCING JANTAN YG BIKIN SONATA BUNTING. PATUTLAH MALAM SEBELUM SONATA BERANAK, MEOW TU "NGAUNG-NGAUNG" MASA AKU TIDO. DIA CARI PORT NAK BERANAK KAT DALAM ALMARI AKU. SONATA PATAH KAKI DAN PATAH HATI. KAKINYA RUPA - RUPANYA PATAH, ADA "BINATANG" YANG PUKUL KOT. KALAU PATAH SEBAB GADUH TAK LOGIK LANGSUNG. PALING KUAT KALAU KUCIN GADOH, CALOR BALOR JE MUKE KUCIN TU KAN. NI MESTI ANGKARA "BINATANG". KESIAN SONATA.... HATI DIA PUN PATAH. SEBANYA BARU NAK ADA ANAK, KEGUGURAN PULAK. AKU NGAN MAT ROCK TANAM ANAK SONATA KATT TEPI RUMAH. SEBELUM TU AKU HAPPY GILE DPT TAHU SONATA BERANAK. BKN SETAKAT AKU. ANAK - NAK JIRAN AKU PUN HAPPY. ALONG,ANGAH NGAN ACIK ADA NAMA LAIN UNTUK SONATA. NAMA YANG DEME PANGGIL LAT KUCING TU "PUTERI"... COMEL NAMA TU. SEKARANG SONATA DALAM PROSES PEMULIHAN. KALAU MANUUSIA MUNGKIN DAH GILE MEROYAN KOT. TAPI TULAH, KUCING ADA GILE MEROYAN KE?. ADA KOT...MUNGKIN AKU JE YANG TAK FAHAM LG BAHASA SONATA. SEMALAM SONATA MAKAN IKAN KEMBONG YG TAK KEMBONG 3 EKOR. SEMALAM JUGAK AKU LETAK KAT KAKI DIA KAYU AISKRIM DUUA BATANG LEPASTU BANDAGE KAN KAKI DIE. SEMOGA SONATA CEPAT SEMBUH. SYANG SONATA.... DAN AKU BENCI "BINATANG " YANG PUKUL SONATA. KALAU AKU TAHU DAN JUMPA.... JAGALAH DIA.

Thursday, March 10, 2011

TUBNA ILALLAH

ucapan rasa rendah hati tanda menyesali dosa yang berganda. perlakuan dosa yang disedari dan juga dosa yang tak disedari amatlaj jauh jurang bezanya. yang mana lebih waras dan boleh diterima akal. yang mana patut dulu dimaafkan. dosa yang disedari, pelaku dosa itu sedar tentang dosa yang dilakukannya adalah dosa, manakala dosa yang tidak disedari terjadi apabila si pendosa tidak SEDAR TENTANG DOSA nya. kedua - duanya adalah dosa bukan. dosa yang perlukan pada pengampunan. lain pula dengan sedar akan diri berdosa dan tidak sedar akan diri berdosa. kedua - duanya juga berbeza. ambil contoh si polan sedar melakukan dosa dan dia sedar dirinya telah melakukan dosa dan dia mengharapkan pengampunan dari dosa, seterusnya dia berusaha menghentikan dosa dan berazam tidak mengulanginya. jawapannya = taubat dan insaf. contoh seterusnya si polan tidar sedar diri melakukan dosa dan berdosa, dan berterusan tidak sedarkan tentang situasinya, jawapannya = tidak insaf dan tidak akan terus insaf. di dalam kedua - dua situasi ini menyerlahkan sifat manusia yang berpakej. kemalaikatan dan kesyaitanan. insan melalui fasa sedar sifat kesyaitanan dan beralih untuk menuju sifat kemalaikatan. manusia pula kedua sifat ini saling berganti, setiap saat, minit, jam dan hari malahan seluruh umurnya. terus berperang dengan kedua dua sifat ini hingga hujung ajal manusia. di mana strata diri kita selaku pendosa...
mahu jadi insan yang berdosa atau manusia yang pendosa... pilihan sentiasa memihak pada diri kita. selagi kita layak memilih, selagi itulah peluang terbentang luas depan mata. peluang tertutup dengan tanda tertutupnya mata kita. RAHMAT TUHAN TERBENTANG LUAS, KASIH TUHAN MEMAYUNG TINGGI. TUBNA ILLALLAH, WA ROJA'NA ILLALLAH...

kabare...

wes wolong bulan aku kerjo nang kedah... wes wolong kali aku roso gajian...wes roso opo seng arek... wes tunangan... wes ndue kereto ...wes gawe omah nang kampung.... wes arek rabi... wes kabehan.

opo seng dikarep wes bodo entok. tapi hati ne esek orak puas. pasalle wess kelalen...
kelalen karo niat seng bener aku merene...

aku perasan roso iki...
tapi orak enek kekuatan, wes orak koyo biyen...
susah arek nangis...
susah arek syukur

ya ALLAH... kok koyo ngene rosone
aku jalok ngapuro...
aku jalok ngapuro

Wednesday, January 5, 2011

sudah 5 hari di tahun baru

kembali melayangkan jari jemari... aku biarkan jari jariku menari nari. mengikut rima jiwaku yang sedang tenang berdendang. oh sgt rindu dengan gelanggang ini, sangat - sangat merindu. tiada topik khusus sebenarnya yang ingin aku komentarkan.... cumanya soal semasa yang bagaikan menggila sekarang ini.apa soalnya?... soalnya masih banyak soalan yang dipersoal oleh orang yg banyak soal. soal harga barang runcit yang merumit, soal mazhab agama yang perasan betul tiba - tiba muncul. soal seks bebas tak kisahlah yang bertudung, tak bertudung, berbaju kurung atau tidak, budak ulu kampung atau budak bandar, sekarang menjadi jadi sampai video - video mereka dah jadi laman sosial untuk komuniti yang minat 3gp. soal apa lagi... nak sembang pasal politik...ah tak payahlah, badut badut tu memang suka menghiburkan rakyat yang memang "celik" minda macam kita ni. tak kisahlah sebelah kanan ke sebelah kiri, semuanya sama je. pidato dan ucapan meletup - letup. berapi - api kalau tabur janji... mencicit lari bila rakyat tuntut hak tuntut janji.ermmm.... tahun ini mungkin tajuk dan situasinye beza... itulah yang diharapkan. harap pada perubahan...mulanya dari diri aku, diri aku dan diri aku... hal org lain...lantak koranglah. kalau nak berubah, berubahlah. kalau tak nak , berubahlah.kalau tak nak juga, ubahlah. tak rugi pun kan. oh abah....... marilah kita berubah.......(ikut lagu oh ibu).hahahahahaha, nantilah sambung lagi....aku nak berubah ni, t

Thursday, August 19, 2010

“Sahabat saya baru kecewa”

Salam sahabat
Baru ku dengar cerita kecewa,
Cerita biasa orang dewasa…
Namun padamu ianya luarbiasa,
Kerana kau yang merasa.

Soal cinta pada mu mungkin sukar,
Kerana mungkin ini cinta yang besar.
Pesan ku jangan lekas kau tersasar.
Tumpulah pada azam mu yang benar.

Sahabat.
Tuhan mengasihi
Kepada hambanya yang dikasihi.
Pandulah kasih pada kekasih Mu itu.
Tanyakan siapa sebenarnya kekasihmu.

Dan lekas akui jawapan takdir dari NYA.
Jika ianya sakit,
Bukan untuk berpanjangan.
Kalau ianya menghantui.
Lekas – lekas pagarkan.
Jika termimpi – mimpi.
Cepat – cepat kau jaga ya.
Kalau bayangnya mengekori.
Laju – laju kau lari.
Jika ianya terusan menyerang.
Herdiklah dia dengan lantang.

Hanya kau yang merasa
Aku tak mampu berbuat apa – apa.
Usap dan pujuklah hatimu,
Biar segera pulih.

Tinggalkan saja bayangnya.
Kau adalah insan mulia.
Semoga berbahagia....



31/7/2010 (hampir maghrib waktunya)

Bandar putri jaya
Sg petani, kedah

Puasa hati

bicara tentang puas hati…

kita manusia yang akan terus terusan tidak berpuas hati.

Walau berbilion zarah udara terhirup percuma,

Gerak nadi yang tak henti bergema.

Terus juga kita manusia tidak akan puas hati.


Hati terbela, bila nafsu mula beraja,

Jejak akal dilupa,

Baik buruk tiada beza.

Hati sengsara bila iman bertakhta,

Akal melonjak gembira

Baik buruk nyata berbeza.


wahai nafsu yang mana tiada ketenangan

berperanglah dengan daku yang tiada pedang.

Hanya semboyan teguh jadi pelindung,

Turutan gilamu tak kan ku junjung.




Bandar putri jaya

Sg petani

Kedah yang aman

25/5/10.....

Mungkin lepas maghrib waktunya.